NuffnangAds

Isnin, 8 Ogos 2016

KWSP PERKENAL SIMPANAN SHARIAH

KWSP Perkenal Simpanan Shariah

KWSP telah memperkenalkan simpanan persaraan yang berkonsepkan Shariah bermula 1 Januari 2017 iaitu Simpanan Shariah. Pendaftaran penukaran telah dibuka dari 8 Ogos 2016 sehingga dana awal yang diperuntukkan habis. Ianya adalah salah satu pilihan untuk ahli KWSP beralih dari Simpanan Konvensional yang sedi ada sekarang kepada Simpanan Shariah.


Apakah dia perbezaan diantara Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP? Berikut disertakan perbezaan kedua-dua jenis simpanan tersebut:

NO
PERKARA
SIMPANAN SHARIAH
SIMPANAN KONVENSIONAL
1
KEAHLIAN
Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara
Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara
2
AKAD
Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan Akad Wakalah
Tidak tertakluk kepada sebarang akad
3
KADAR DIVIDEN
Berdasarkan kepada prestasi sebenar pelaburan Patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum
Kadar dividen adalah berdasarkan kepada prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan Patuh Syariah)
4
PERAKUAN
Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
Tidak tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
5
PERTUKARAN
Ahli tidak boleh membatalkan pilihannya untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuatkuasa
Ahli boleh memlih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

Menurut KWSP, Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah. 


Oleh itu bermula 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP yang ingin memilih opsyen alternatif ini boleh datang ke pejabat KWSP untuk mendaftar dan beralih ke Simpanan Shariah.

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.


Berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran/ pendaftaran Akaun KWSP dariSimpanan konvensional ke simpanan Shariah:-



1.            Pendaftaran adalah berdasarkan "Siapa cepat dia dapat". 
2.            Tarikh pendaftaran bermula dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan dana. Dana awal adalah RM100 billion
3.            Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan
4.            Ahli akan menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
5.            Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
6.            Semakan keputusan - Permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan

* Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa.
  

Dana awal yang diperuntukan hanyalah RM100 billion untuk Simpanan Syariah, jadi anda perlu menukar ke simpanan Shariah secepat mungkin bagi mengelakan kehabisan dana dan anda perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.

Maklumat lanjut klik di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...