NuffnangAds

Selasa, 2 Ogos 2016

SENARAI ATLET MALAYSIA KE SUKAN OLIMPIK RIO 2016 BRAZIL

Senarai Atlet Malaysia Ke Sukan Olimpik Rio 2016 Brazil

Seramai 32 atlet Malaysia dalam 10 acara sukan telah berjaya layak beraksi di Sukan Olimpik 2016  yang akan bermula dari 5 Ogos sehingga 21 Ogos 2016. Dengan Datuk Lee Chong Wei yang bakal menjadi sandaram harapan emas akan mengetuai dan membawa bendera kontigen negara. Berikut adalah senarai nama atlet yang layak ke Olimpik 2016 Edisi ke 31 kali ini untuk rujukan anda.


Kontijen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016 bakal diketuai oleh Chef de Mission, Tan Sri Mohamed Al-Amin Majid. Atlet Malaysia akan beraksi dalam acara berikut :-

Angkat berat: 1, Badminton: 8, Basikal trek: 2, Golf: 4, Memanah: 3, Menembak: 1 , Olahraga: 2, Pelayaran: 2, Renang: 3 DanTerjun: 6

Senarai nama peserta yang layak mengikut acara sukan adalah seperti berikut:-

Angkat Berat - Mohd Hafifi Mansor - 69KG Lelaki
Badminton
§     Datuk Lee Chong Wei - Perseorangan Lelaki
§     Tee Jing Yi - Perseorangan Wanita
§     Goh V Shem & Tan Wee Kiong - Beregu Lelaki
§     Vivian Hoo & Woon Khe Wei - Beregu Wanita
§     Chan Peng Soon & Goh Liu Ying - Beregu Campuran
Lumba Basikal - Azizulhasni Awang - Keirin Lelaki Dan Fatehah Mustapa - Sprint Wanita
Lumba Layar - Khairulnizam Mohd Affendy – Laser Dan Nur Shazrin Latif - Laser Radial 
Memanah Lelaki - Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin Dan Muhd Akmal Nor Hasrin
Olahraga (Trek dan Balapan)
§     Nauraj Singh Randhawa - Lompat Tinggi Lelaki
§     Zaidatul Husniah Zulkifli - 100M Wanita
Menembak - Johnathan Wong Guanjie - 10M Pistol
Renang
§     Welson Sim - 200M & 400M Gaya bebas Lelaki
§     Heidi Gan - 10KM Marathon Wanita
§     Phee Jing En - 100M Kuak dada wanita
Golf
§     Danny Chia - Lelaki
§     Gavin Kyle Green - Lelaki
§     Michelle Koh - Wanita
§     Kelly Tan - Wanita
Terjun
§     Ooi Tze Liang
§     Ahmad Amsyar Azman
§     Cheong Jun Hoong
§     Nur Dhabitah Sabri
§     Pandelela Rinong
§     Ng Yan Yee


Sama-sama kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada atlet Negara kita yang bakal berjuang di Sukan Olimpik. Semoga mereka dapat berjuang habis-habisan dan dapat menghadirkan kilauan emas yang pertama untuk Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...