NuffnangAds

Rabu, 3 Ogos 2016

BAS TERANGKAT : SATU REALITI TEKNOLOGI PENGANGKUTAN

Bas Terangkat : Satu Realiti Teknologi Pengangkutan

Adakah anda pernah mendengar ataupun membayangkan sebuah ‘bas terangkat’? Sebuah bas yang mempunyai ruang dibawahnya untuk laluan trafik kenderaan lain.Ingatkan ianya hanya cerita ‘dongeng’ dan khayalan semata-mata namun begitu, nampaknya konsep bas terangkat itu hampir menjadi realiti tidak lama lagi.


Daripada info yang boleh dipercayai, konsep bas terangkat yang sebelum ini dikatakan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 35 peratus kini dalam proses ujian sebelum dilaksanakan. Perkara ini telah pun berlaku di China.

Perkara tersebut didedahkan dalam laporan Xinhua News yang mengatakan sebuah model Transit Elevated Bus (TEB) sedang diuji di bandar Qinhuangdao. Ujian tersebut kini memasuki fasa ujian penggunaan elektrik dan sistem hentian kecemasan.




Sumber berkenaan juga memaklumkan, TEB yang digerakkan sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik berukuran 72 kaki panjang dan 25 kaki lebar mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa.

TEB juga diramal mampu mencapai kelajuan 65 kilometer per jam, menjadikannya sistem pengangkutan awam yang laju. Lakaran konsep TEB sebelum ini menunjukkan bas berkenaan akan berjalan di atas jalan raya dan ‘diatas trafik’.

Kenderaan awam yang lain akan melalui ruang khas di bahagian bawah bas berkenaan dan sebarang operasi bas henti-henti tersebut tidak akan mengganggu trafik.




Hebat juga teknologi pengangkutan yang dibangunkan ini, jika dapat dilaksanakan sepenuhya pastinya mampu mengurangkan kesesakan di samping dapat menjaga alam sekitar. Semoga ianya menjadi realiti dan mampu dibangunkan di Negara Malaysia juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...