NuffnangAds

Selasa, 2 Ogos 2016

PROTON EXTREMA BAKAL MENGUJAKAN ANDA

Proton Extrema Bakal Mengujakan Anda

Peminat kereta Proton pastinya akan teruja bila menyaksikan gambar-gambar model SUV baru yang bakal dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. Menurut sumber Proton bakal memasarkan SUV pertama mereka pada 1 April 2017. Wow! Memang menarik rekabentuknya.


Model SUV pertama Proton ini dikhabarkan bakal menggunakan nama Proton Extrema. Sedap juga nama yang dipilih dan padan dengan kenderaan SUV. Memetik sumber Paultan.org, Ada sumber telah mendedahkan brosur misteri model baru SUV Proton ini, walaupun ianya mungkin dilancarkan setahun lama lagi.

Dengan rekabentuknya yang iras-iras model popular Honda CRV mahupun HRV, digabungkan dengan sedikit elemen BMW X6, ada yang menganggap Extrema pastinya mampu memberi saingan kepada pesaing mereka jika ditawarkan dengan harga berpatutan dan kualiti yang setanding.



Menurut sumber itu lagi, dijangkakan Extrema bakal dijana dengan enjin baharu 1.5 liter pengecas turbo dan suntikan-terus TGDI – dengan konfigurasi paling berkuasa, yang mampu menghamburkan kuasa 180 hp dan tork 250 Nm. Mungkin dengan pacuan roda-hadapan dan semua-roda dan dipadankan dengan transmisi baharu CVT.


Jadi apa pandangan anda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...