NuffnangAds

Rabu, 27 Julai 2016

PERMOHONAN JAWATAN GURU VOKASIONAL KPM 2016

Permohonan Jawatan Guru Vokasional KPM 2016

Bagi anda yang berminat menjadi guru dalam bidang vokasional atau anda mempunyai kelayakan sebagai Guru Vokasional, ini adalah peluang terbaik anda untuk memohon jawatan tersebut. Terdapat jawatan kosong seperti yang dimaklumankan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengambilan Guru Vokasional secara interim di Kolej-Kolej Vokasional KPM berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini dibuka untuk permohonan. Mereka yang layak dan berminat boleh membuat permohonan jawatan Guru Vokasional secara online dengan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Ahad, 7 Ogos 2016.

Permohonan Secara Online
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia Malaysia bermula 24 Julai 2016. Borang boleh dikemaskini pada bila-bila  masa  sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat mengenai permohonan, iklan permohonan dan syarat-syarat yang berkaitan bolehlah anda rujuk terus di sini.

Tarikh Tutup Permohonan : 7 Ogos 2016

Applikasi Permohonan Online : Daftar dan mohon melalui JobsMalaysia.


Selamat membuat permohonan dan semoga anda semua Berjaya untuk seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...