NuffnangAds

Isnin, 18 Julai 2016

PERODUA BEZZA : MODEL KERETA SEDAN BARU PERODUA

Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan 2016. Perodua bakal melancarkan model sedan baru dalam kategori B iaitu Perodua Bezza pada 21 Julai 2016. Menurut Laman Web Perodua pula, tempahan pembelian telah dibuka bermula 16 Julai 2016 yang lalu. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan awal. Tapi sebelum itu mari kita review serba sedikit tentang model kereta baru perodua ini. 


Model Sedan baru Perodua Bezza ini merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh Perodua dalam kategori sedan. Ianya dibangunkan dengan menggunakan Platform Axia dengan sokongan dari Daihatsu Motor. Nama kereta mengambil inspirasi daripada perkataan 'Beza' dalam Bahasa Malaysia. 

Kehadirannya pasti dinantikan terutama buat peminat kereta kategori B yang bakal menyaksikan Bezza bakal bersaing dengan Proton Saga, Nissan Almera, Toyota Vios, Honda City dan banyak lagi.

Berikut adalah di antara spesifikasi Perodua Bezza yang bakal hadir dengan 2 kapasiti enjin seperti berikut :-



Kapasiti Enjin

1.            1.0 Liter (Jenis Enjin - 1KR-VE dengan VVTi)
2.            1.3 Liter (Jenis Enjin - 1NR-VE dengan Dual VVTi)

Ianya ditawarkan dalam lima varian di pasaran Malaysia iaitu :-


1.            Bezza Standard G 1.0L (Manual dan Automatik) : Specs  Asas
2.            Bezza Premium X 1.3L (Manual dan Automatik) : Specs pertengahan
3.            Bezza Advance 1.3L (Automatik) : Specs Tertinggi

Transmisi yang ditawarkan pula adalah Automatik 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan. Spesifikasi lain Perodua Bezza boleh dirujuk di brosur di bawah ini dan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pelancaran rasmi:-

Spesifikasi Lain

§     Dilengkapi dengan ciri ABS dan EBD. Untuk Varian Advance, ianya ditambah dengan ciri VSC
§     Sistem Mula Henti (Eco Idle) akan ditawarkan pada varian premium yang mempunyai persamaan dengan teknolgi yang digunakan di Mazda2 iaitu i-Stop. Enjin mati sendiri bila berhenti atau tidak bergerak. Enjin akan hidup semula dengan menekan minyak.
§     Enam warna yang ditawarkan : 'solid ivory white', 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'glittering silver' dan 'ebony black'
§     Ruang boot yang luas

Harga Perodua Bezza

Berikut adalah Harga rasmi Perodua Bezza yang berada dalam lingkungan RM37,300 hingga RM50,800 untuk harga Semenanjung Malaysia.

Jika anda berminat dengan Perodua Bezza Sedan Baru 2016 ini, anda boleh mengunjungi Pejabat Jualan PERODUA di seluruh Malaysia.

Sumber: Perodua 


Gambar Perodua Bezza






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...