NuffnangAds

Khamis, 23 Jun 2016

TARIKH PENTING PENGEPOSAN ITEM POS LAJU SEMPENA RAYA 2016

Tarikh Penting Pengeposan Item Pos Laju Sempena Raya 2016

Pos Laju telah mengeluarkan Surat Makluman kepada pelanggan-pelanggan Pos Laju yang menggunakan khidmat mereka. Surat makluman itu menyatakan tentang perkara tarikh akhir pengeposan Pos Laju Sempena Hari Raya Aidilfitri 2016. Ianya menyatakan tentang tarikh akhir pengeposan barang atau item sekiranya ingin sampai kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Jadi kepada mereka yang ingin menggunakan khidmat pos laju bagi menghatar barang/item, dan khusus juga kepada peniaga online, perlu dimaklumkan bahawa tarikh akhir pengeposan pos laju sempena hari raya Aidilfitri mestilah sebelum atau pada 29 Jun 2016. Pelanggan perlu mengepos dan menerima tempahan sebelum tarikh tersebut supaya barang yang dipos selamat tiba sebelum perayaan Aidilfitri 2016 dijangka jatuh pada 6 Julai 2016.

Untuk makluman juga, serahan barang atau bungkusan selepas 29 Jun 2016 adalah masih diterima  dan akan diposkan selepas 11 Julai 2016. Bagaimanapun, pos laju masih tetap menerima pengeposan sehingga 5 Julai 2016.

Jadi, khusus kepada peniaga-peniaga perlulah diambil perhatian tentang perkara ini, terutamanya kepada mereka yang ingin menggunkan khidmat ini untuk menghantar barangan kepada pelanggan. Apalagi sekiranya pelanggan inginkan barang mereka diterima sebelum Hari Raya Aidilfitri. Penting bagi anda menjaga kepuasan pelanggan anda, menepati masa dan kepuasan menerima tempahan daripada anda.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...