NuffnangAds

Selasa, 14 Jun 2016

7 TIP LATIH ANAK BERPUASA

Puasa di bulan Ramadhan adalah diwajibkan bagi setiap muslim yang sudah baligh dan berakal sihat. Sedangkan bagi anak yang belum baligh atau dewasa tidak wajib untuknya berpuasa. Namun sebagai ibu bapa tentunya inginkan seorang anak yang soleh dan taat. Hal ini menjadikan peranan ibu bapa dalam membimbing dan mendidik anak agar sentiasa berlatih untuk melaksanakan kewajiban beragama, salah satunya ialah mengajarkan anak berpuasa.


Bukan mudah untuk mengajar anak untuk berpuasa, namun ia bukannya alasan kepada ibubapa tidak mengajar anak berpuasa sejak dari kecil lagi. Terdapat berbagai cara untuk mengajarkan anak berpuasa di bulan Ramadhan. Di sini disertakan beberapa 7 tip yang dapat digunakan oleh ibu bapa bagi membimbing anak berpuasa: 

1. Jadikan Diri Contoh – Tip terbaik ialah menjadi ibu bapa contoh kepada anak sebagai orang yang menunaikan ibadah puasa. Dengan itu, anak akan dapat melihat dan mengikut dan seterusnya menjadikan contoh apa yang kita lakukan ketika berpuasa.

2. Jelaskan Makna Dan Hikmah Puasa – Berikan anak pengetahuan tentang apa dan bagaimana itu puasa dan juga ibadah-ibadah lain di bulan Ramadhan. Sampaikanlah dengan bahasa yang mudah dan senang. Contonhnya dengan bercerita melalui buku-buku cerita yang kini banyak dijual di pasaran.

3. Beri Dorongan Bukan Paksaan – Anak yang masih kecil perlu diberikan peluang untuk berpuasa mengikut kesesuaian umur mereka. Biarkanlah mereka berpuasa setakat mana mereka mampu. Berikan motivasi dengan hadiah yang bersesuaian jika dapat melaksanakan pada tahap-tahap yang lebih baik.

4. Bersahur – Bersahur menjadikan anak lebih bertenaga dan kurang berasa lapar dan dahaga. Ini juga merupakan satu motivasi berbentuk persediaan kepada anak. Ingatlah tentang sabda  Nabi Muhammad SAW di mana terdapat keberkatan dalam bersahur walaupun hanya seteguk air.

5. Raikan Semasa Berbuka – Turutilah kehendak anak-anak apa yang mereka hendak semasa saat berbuka. Raikan mereka dengan sebaiknya. Ini akan menjadikan mereka rasa dihargai dan akan gembira untuk berpuasa seterusnya.

6. Jauhi Daripada Pengaruh Berbuka – Ibu bapa perlu mengambil langkah untuk tidak membiarkan anak dipengaruhi dengan perkara-perkara yang membuatkan mereka berbuka puasa. Hindarkan anak dari melihat iklan-iklan berbentuk makanan seperti di television atau pasaraya. Begitu juga hadkan aktiviti anak yang menyebabkan mereka dahaga dan penat.

7. Doakan Mereka – Jangan lupa untuk sentiasa berdoa untuk anak-anak agar Allah memberikan kekuatan, kesihatan dan dorangan untuk mereka berpuasa.

Inilah beberapa tip yang dapat dikongsikan dalam mendidik anak untuk berpuasa. Semoga anak-anak kita dapat memulakan dari kecil lagi sehingga ianya terbiasa ketika umurnya telah diwajibkan untuk berpuasa. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhirat melalui didikan daripada kita dengan doa yang selalu dipanjatkan kepada Allah. Semoga bermanfaat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...