Pernahkah anda mengalami keadaan
di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan dan
sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di
depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara berbahaya
atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu?
Saya pernah mengalaminya dan
keadaan ini dipanggil microsleep. Microsleep secara mudahnya boleh
didefinasikan sebagai tidur yang singkat. Ianya tidak sama dengan napping atau
Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang
tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.
Microsleep bermaksud perlakuan
seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam
bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat
singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang
kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun
menggunakan computer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti
‘monotonous’. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.
Adalah amat penting bagi kita
yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara
untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan
dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur
sekejap. Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan selain mengambil rehat secukupnya
untuk mengelak kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan
berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping, iaitu perlakuan tidur
sebentar antara 15-30 minit secara
terancang.
Semoga ianya bermanfaat dan
sentiasalah berhati-hati di jalan raya...Semoga selamat tiba dan selamat sampai
ke destinasi yang ditujui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan