Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah swt dengan
memperkukuhkan pengabdian diri kita kepadaNya dengan melaksanakan segala
perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan
yang berjaya di dunia dan di akhirat. Antara intipati khutbah jumaat yang
disampaikan ialah;
1. Umat islam di seluruh dunia melafazkan takbir, tahmid dan
tasbih membesarkan Allah swt sebagai tanda kemenangan dan kejayaan menunaikan
perintah Allah swt dengan melawan hawa nafsu.
2. Mereka yang berjaya menyempurnakan ibadah Ramadhan merasa gembira
menerima anugerah Aidil Fitri daripada Allah swt yang diraikan dengan penuh
kesyukuran. Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 “Dan
supaya kamu cukupkan bilangan puasa iaitu sebulan ramadhan, dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur”.
3. Aidil Fitri membawa makna yang mendalam iaitu kembali
berbuka atau makan minum yang mana seluruh umat islam pada hari tersebut
diwajibkan berbuka dan diharamkan berpuasa. Ia juga membawa makna fitrah atau
kejadian asal manusia yang suci bersih.
4. Sambutan aidil fitri perlu disambut dengan perkara yang
tidak bercanggah dengan syariat islam dan tidak mencemarkan keberkatan ramadhan
yang baru berlalu dalam melalui bulan syawal yang mulia.
5. Aidil fitri adalah keraian yang terbaik untuk kita bersalam-salaman
bermaaf-maafan, melupakan perselisihan dan perbalahan dilupakan, mana yang
kusut kembali dirungkaikan.
6. Dalam keghairahan meraikan aidil fitri, ziarah-menziarahi,
membuat rumah terbuka dan sebagainya janganlah sampai kita melakukan pembaziran
dan berbelanjalah mengikut kemampuan.
7. Hikmah dan tarbiah ramadhan menjadikan kita ummah yang
bertakwa dan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt, dan menjadikan
bulan syawal itu dengan penuh keberkatan dengan amalan-amalan soleh yang
berterusan.
8. Walaupun ramadhan telah berlalu, segala ibadah perlu
diteruskan dengan penuh istiqamah dan menjadikannya sebagai latihan untuk
membiasakan diri beribadat kepada Allah swt pada bulan-bulan yang seterusnya.
9. Kita juga patut bermuahasabah melihat kembali apakah
kesan ramadhan kepada kehidupan kita, seperti yang selalu disarankan oleh Nabi
Muhammad saw selalu memuji sikap muhasabah seseorang seperti dalam sabdanya
yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi yang bermaksud “Orang yang pintar ialah
orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian,
sementara orang yang lemah ialah orang mengikut hawa nafsunya serta
berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan yang banyak”.
10. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan bekalan akhirat dan
amal-amal soleh dalam hari-hari mendatang iaitu dengan menyambung amalan
sepanjang ramadhan, dan semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh
Allah swt.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah swt dalam surat
Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud “sebenarnya orang yang beriman itu
bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan
bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”.
Semoga bermanfaat untuk semua...Salam kemaafaan dan Salam
Aidil Fitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan