NuffnangAds

Rabu, 16 Disember 2015

PROGRAM DIET : BERHATI-HATI DALAM MEMILIH

Berdiet adalah cara lazim yang digunakan untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan. Selari dengan kemajuan dunia, maka telah tercipta pelbagai jenis diet yang boleh diamalkan. Pun begitu, harus ditekankan di sini bahawa untuk setiap pilihan diet tersebut ada baik dan buruknya kepada kesihatan. Jesteru, keseimbangan antara diet dan tingkat kecergasan melalui senaman adalah paling wajar dilakukan secara rutin.

Wajar sekiranya kita mengetahui terebih dahulu apakah program diet yang baik dan apakah pula program diet yang mendatangkan kesan sebaliknya. Di sini dinyatakan perkara-perkara yang perlu anda tahu mengenainya iaitu ;


1. ELAKKAN TERMA 'KESAN SEKELIP MATA'. 
Sekiranya kesan diet yang dicadangkan kedengan seperti sukar dipercayai, maka ia sebenarnya memang sukar dipercayai! Pengurangan berat badan memakan masa dan tidak akan berlaku sekelip mata. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu mengamalkan corak pemakan yang baru selain melakukan aktiviti tertentu secara rutin. Ya, mungkin ada sebahagian diet yang memberikan kesan dalam tempoh yang singkat, tetapi ketauhilah bahawa ia tidak membantu anda menerapkan amalan pemakanan dan rutin harian yang betul pada masa akan datang untuk mengekalkan berat badan yang telah Berjaya dicapai.

2. HATI-HATI DENGAN JANJI.
Kebanyakan cara diet yang popular akan membuat andaian yang spesefik. Sebagai contoh, adakah diet tersebut menjanjikan anda boleh menurunkan 10kg dalam masa seminggu? Atau, adakah perlu membeli dan mengambil makanan serta produk tertentu untuk tujuan mengurangkan berat badan? Menurut American Diet Association (ADA), jangkaan-jangkaan yang tidak realistik perlu dilihat sebagai tanda-tanda amaran. Jadi, berhati-hatilah bahawa diet yang disertakan dengan pelbagai janji biasanya tidak berkesan.

3. JAUHI 'TAKTIK MENAKUTKAN’. 
Amaran-amaran seperti jauhi sebahagian jenis makanan, seperti roti dan makanan yang kaya dengan karbohidrat, sebenarnya berperanan sebagai taktik untuk menakutkan dan lazimnya dinyatakan tanpa berlandaskan fakta saintifik.Mengurankan sumber utama kalori memang boleh membantu anda menurunkan berat badan, tetapi anda akan kehilangan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan. Tiada satupun makanan yang boleh menyebabkan penambahan berat badan yang berpanjangan sekiranya ia disingkirkan terus daripada menu harian kita.

4. PERLUNYA SYAK WASANGA. 
Menurut pakar pengawal berat badan dan jurucakap ADA, Bonnie Taub-Dix, program diet yang menekankan satu-satu jenis makanan perlulah dielakkan. Banyak diet diwujudkan setiap tahun seperti diet sup kubis (cabbage soup diet), diet bayam (spinach diet) dan diet protein tinggi. Anda perlu tahu bahawa kesemua makanan diet  ini bukanlah tergolong dalam kelompok ‘makanan ajaib’ yang perlu anda ambil setiap masa untuk lari daripada masalah berat badan berlebihan. Tetapi, pengambilannya boleh membantu menurunkan berat badan kerana kandunga kalorinya yang sangat rendah. Apa yang boleh dikatakan di sini adalah jika anda mengurangkan kalori dalam makanan anda, maka tentu sahaja anda mampu menurunkan berat badan.


Mudah-mudahan sedikit tips ini dapat membantu anda dalam mengenalpasti program diet yang benar-benar memberikan kesan seperti yang anda inginkan. Apa yang penting dalam kita berdiet, aspek kesihatan itu lebih utama dan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Seimbangkanlah pemakanan dan senaman yang sesuai adalah pilihan diet yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...