Jangan terkejut apabila anda membuat isian
semula telefon prabayar pada tahun 2016 amuan kredit akan berkurang daripada
apa yang anda beli. Ini yang akan berlaku mulai 1 Januari 2016 hingga 31
Disember 2016, mekanisma ini diumumkan oleh SKMM untuk dilaksanakan.
Ini kerana sistem cas GST 6 peratus masih lagi
dikenakan kepada kod reload. Walau bagaimana pun anda tidak perlu bimbang ianya
hanya untuk tempoh 24 jam sahaja. Selepas 24 jam selepas kod reload diaktifkan
anda akan menerima semula amuan kredit yang ditolak.
Sebagai contoh apabila anda membeli kod reload
pada harga RM10, sebaik sahaja anda aktifkannya, GST sebanyak 6 peratus akan
dipotong. Amaun yang dikreditkan di dalam telefon anda hanya RM9.43, manakala RM0.57
lagi dipotong sebagai GST. Namun, RM0,57 ini akan dikreditkan semula dalam
tempoh 24 jam menjadikan nilai kregit anda sebenar adalah RM10.
SKMM juga memaklumkan, pengguna yang telah membayar GST kepada
harga TOP UP selepas April 2015, pengembalian GST dalam bentuk Kredit TOP UP
secara berperingkat oleh Syarikat Telco anda mulai 1 Januari 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan