NuffnangAds

Khamis, 31 Disember 2015

HARGA PETROL RON 95, RON 97 DAN DIESEL 1 JANUARI 2016

Harga Petrol Diesel Januari 2016

Alhamdulillah, pembuka tirai untuk Tahun 2016 dimulakan dengan berita penurunan semakan Harga Petrol RON 95, RON 97 dan diesel di Malaysia. Seperti yang dijangka ini akan berlaku berikutan tren penurunan harga minyak dunia.

Bermula tengah malam ini, harga terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel untuk bulan Januari 2016 telah dimaklumkan oleh Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia dalam satu kenyataan.



Berikut adalah harga petrol untuk 1 Januari 2016:

Harga Petrol RON 95: RM1.85 seliter (RM1.95 – Disember 2015)
Harga Petrol RON 97: RM2.25 (Termasuk 6% GST) (RM2.45 – Disember 2015)
Harga Diesel: RM1.60 (RM1.90 – Disember 2015)
Ini bermakna Harga Diesel menunjukkan banyak penurunan iaitu sebanyak 30 sen menjadikan harga RM1.60 sahaja, Petrol RON 95 pula hanya turun 10 sen, manakala Petrol RON 97 turun sebanyak 20 sen.

Semoga info ini memberikan manfaat kepada anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...