Selangor
menjuarai Piala Malaysia bagi kali ke 33 selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada
perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.
Jaringan
kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang
mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47.
Pasukan
bimbingan Mehmet Durakovic tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila
Ahmad Hazwan Bakri menolak masuk bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran
dari Guilherme De Paula pada minit ketiga.
Tersentak
dengan jaringan awal Selangor, Kedah cuba untuk mencari gol penyamaan namun
percubaan pemain import mereka, Sandro Da Silva berjaya diselamatkan penjaga
gol, Norazlan Razali.
Gergasi
Merah menambah gol kedua apabila Hazwan merembat masuk hantaran De Paula pada
minit ke-48 sejurus sepak mula separuh masa kedua.
Namun Kedah tidak
berputus asa untuk terus melakukan asakan. Peluang terbaik kedah untuk
merapatkan kedudukan pada minit ke-68 selepas Chidi Edeh melakukan hantaran
cantik kepada Da Silva namun percubaannya dari dalam petak penalti diselamatkan
Norazlan.
Pada minit
ke-82, Kedah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Mohd
Firdaus Mohamed dilayangkan kad merah selepas menampan percubaan S Veenod di
luar petak penalti.
Penjaga gol
simpanan Kedah, Mohd Shazwan Abdullah dimasukkan untuk menggantikan pemain
sayap kiri, Mohd Syazwan Zainon.
Tahniah kepada Selangor dengan kejuaraan kali ke 33
Tiada ulasan:
Catat Ulasan