Barcelona menjulang
Piala Dunia Kelab dan mencipta rekod apabila menang buat kali ketiga dengan menumpaskan
kelab Argentina, River Plate 3-0.
Gergasi
Sepanyol memulakan jaringan melalui sentuhan Messi melalui gol yang cantik menerusi
penyudahan yang klinikal pada minit 36, sebelum dua lagi golmenerusi Luis
Suarez membenam terus peluang River untuk bangkit.
Suarez, yang
mencipta hatrik ketika Barca menang 3-0 ke atas Guangzhou Evergrande dalam
separuh akhir, menjaringkan gol kedua perlawanan semalam dengan rembatan rendah
yang kencang pada minit ke-49.
Bekas
penyerang Liverpool itu menjaringkan gol keduanya semalam apabila dia
melepaskan tandukan kencang melepasi Barovero selepas Neymar membuat hantaran
lintang tepat.
Gol itu
sudah cukup untuk membuktikan bahawa Barcelona merupakan sebuah kelab yang
digeruni dan layak memenangi trofi ini buat kali ketiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan