NuffnangAds

Selasa, 15 Disember 2015

BORANG PERMOHONAN KAD DISKAUN KTMB PELAJAR 2016

Berkuatkuasa 7 Disember 2015, KTMB telah memperluaskan kepenggunaan kad diskaun pelajar KTMi-Card untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Para pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan perkhidmatan Komuter boleh memohon Kad diskaun pelajar KTM i-Card dan anda layak mendapat potongan diskaun 40% dari harga tambang perjalanan untuk perkhidmatan tren Intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren Komuter di Lembah Klang sahaja.


Tempoh sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTM i-Card Student. Ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.

Syarat Permohononan
  • Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
  • Terbuka untuk semua warga negara.
  • Yuran tahunan RM30.00.
  • Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.
  • Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.
Cara Memohon
  • Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan KTMB i-Card.
  • Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
  • Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
  • Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
  • Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
  • Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.
Selain itu KTM Berhad juga memaklumkan bahawa struktur tambang baharu KTM Komuter yang berkuatkuasa mulai 2 Disember 2015 (Rabu) telah memberikan diskaun sebanyak 50% untuk kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 6 tahun. Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah adalah percuma.

Tambang diskaun 50% ini juga telah diperluas kepada golongan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, dan Institusi Pengajian Tinggi.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...