Hutan Lipur
Chemerong menawarkan kepada para pengunjung ari terjun setinggi 305 meter dan
merupakan salah satu yang tertinggi di negara ini. Di sini juga terdapat banyak
kawasan yang mempunyai air yang dingin dan jernih yang sesuai untuk mandi-manda
atau bermain-main air. Kecantikan semulajadi kawasan persekitaran turut
menambahkan kepada suasana yang nyaman dan menyegarkan.
Hutan simpan
itu sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti beristirahat, bersukan, penyelidikan
serta pendidikan flora dan fauna. Mempunyai jenis hutan dipterokarp bukit,
hutan lipur itu dikategorikan masih dara. Hutan lipur ini dimajukan sejak tahun
1993 dengan keluasan 292 hektar.
Memulakan
perjalanan ke air terjun, anda akan disajikan dengan pemandangan flora dan
fauna. Setiap laluan pejalan kaki di sekitar kawasan hutan itu menjadi lokasi
rekreasi penduduk sekitar.
Diiringi
deruan air sungai yang deras, perjalanan anda bukan saja ditemani pepohon yang
meninggi dan menghijau, tetapi suasana yang tenang dan dingin bagaikan
menyambut mesra kedatangan anda.
Ianya
sungguh meletihkan. Apa tidaknya anda perlu mendaki dan menuruni bukit, sebelum
sampai ke kaki air terjun tertinggi di Asia Tenggara itu. Namun semua keletihan
itu akan hilang jika dapat melihat dan merasai deruan air terjun antara
tertinggi di asia itu.
Hutan Lipur
Chemerong ini menyajikan suasana persekitaran yang cukup mendamaikan. Kawasannya
yang lembap sehingga membuatkan kulat tumbuh di pokok-pokok hutan mahupun
bebatu hutan memberikan satu keindahan yang perlu dinikmati selain pelbagai
buah hutan dan periuk kera.
Selain air
terjun, Hutan Lipur Chemerong juga menawarkan pelbagai tarikan lain, antaranya
cabaran mendaki Gunung Berembun di Banjaran Titiwangsa. Pakej pendakian
meliputi Air Terjun Chemerong-Gunung Berembun-Air Terjun Lansir yang mengambil
masa tiga hari dua malam.
Pendakian
itu membolehkan anda merasai cabaran semula jadi seperti laluan curam, meniti
di atas akar kayu dan lorong yang sempit sepanjang pendakian ke Gunung Berembun
setinggi 1,108 meter.
Trek yang
dibuka sejak 1987 itu memberikan satu kepuasan menakjubkan dengan pelbagai
spesies flora dan fauna seperti taman bonsai, tumbuhan herba, kolam orkid dan
serangga selain anak sungai.
Kepuasan
dapat dirasakan apabila berada di puncak gunung yang menyajikan pemandangan
menarik.
Anda yang
berkunjung ke sini tidak perlu risau kerana kawasan hutan inu mempunyai
kemudahan lengkap seperti dewan, tandas awam, surau, tapak perkhemahan, pondok
rehat dan menara tinjau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan