Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di
seluruh negara hari ini didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Sejumlah
440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat
peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember ini. Daripada jumlah itu, 379,466
adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan
kerajaan, manakala 29,799 merupakan calon persendirian. Sejumlah 34,146 petugas
peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu.
Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajran Malaysia (SPM)
2015 kepada semua pelajar Tingkatan 5, semoga dapat menjalani peperiksaan
dengan tenang dan dalam keadaan yang sihat sehingga tamat peperiksaan. Doa sentiasa mengiringi anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan