Walaupun harga petrol terkini tidak diumumkan secara terbuka oleh pihak
terbabit, termasuk juga media massa, tidak dinafikan dengan adanya laman sosial
serta blog telah menjadi antara saluran maklumat alternatif untuk mengetahui
mengenai harga terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel di Malaysia.
Untuk info, bermula bulan Julai 2015, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi
mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api petrol
dan diesel kepada orang ramai. Para pengguna secara amnya akan hanya
mengetahuinya apabila mengisi minyak petrol dan diesel di stesen minyak pada
selepas tengah malam.
Harga terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel untuk bulan
Disember 2015 telah dimaklumkan oleh Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia dalam satu kenyataan.
Berikut
adalah harga petrol untuk bulan Disember 2015:
Harga Petrol RON 95: RM1.95 seliter (RM2.05
– November)
Harga Petrol RON 97: RM2.45 (Termasuk 6% GST)
(RM2.45 – November)
Harga Diesel: RM1.90 (RM1.90 – November)
Ini bermakna Harga Petrol RON 95 turun 10 sen,
manakala Petrol RON 97 dan Diesel adalah tidak berubah.
Semoga info ini memberikan manfaat kepada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan