NuffnangAds

Isnin, 16 November 2015

UPSR 2015 : KEPUTUSAN 17 NOVEMBER DAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN

Tarikh semakan dan keputusan (result) UPSR 2015 secara online atau SMS. Bagi calon yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, keputusan rasmi UPSR 2015 diumumkan keluar pada hari ini selasa 17 November 2015. Pengumuman itu telah dibuat secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2015 Diumumkan Keluar

Tarikh keputusan rasmi UPSR 2015 akan diumumkan pada hari ini Selasa 17 November 2015. Pengumuman rasmi tarikh keputusan UPSR 2015 telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.




Semakan Keputusan UPSR 2015
Calon boleh datang ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan transkrip keputusan UPSR 2015 bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan UPSR 2015 diumumkan keluar iaitu pada 17 November 2015.

Selain mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing, calon atau Ibu Bapa boleh menyemak keputusan UPSR melalui SMS. Bagaimnan caranya...

Semakan Keputusan UPSR 2015 Guna SMS

UPSR (Angka giliran) dan sms ke 15888

Contoh: UPSR<jarak> HG5211212 ke 15888

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2015
Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, jangnlah risau kerana pihak Kementerian Pendidikan memberikan ruang kepada calon atau ibu bapa untuk mengemukakan semula semakan keputusan UPSR iaitu melalui Borang Semakan Semula Result UPSR 2015.

Borang semakan semula keputusan atau result UPSR 2015. Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan UPSR masing-masing, calon kini boleh mengemukakan permohonan semakan semula keputusan UPSR 2015. Memandangkan keputusan UPSR 2015 diumumkan keluar pada hari ini 17 November 2015, permohonan semakan semula result UPSR 2015 perlulah dilakukan dalam tempoh 30 hari sebaik keputusan diumumkan.

Cara-Cara Membuat Borang Semakan Semula Keputusan UPSR 2015


Tempoh Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2015
Dalam tempoh 30 hari dari keputusan UPSR diumumkan keluar
Tempoh Yuran Semakan Semula Result UPSR 2015
RM50.00 bagi setiap mata pelajaran
Keputusan Semakan Semula Keputusan UPSR 2015
Akan diumumkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan

Semoga Anda Berjaya bukan sahaja dari segi Akademik tetapi yang penting ialah Sahsaiah Dan Akhlak yang baik dan mulia....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...