Liverpool
menghasilkan persembahan terbaiknya di bawah kendalian jurulatih baharu,
Juergen Klopp ketika menewaskan salah satu pencabar utama Liga Perdana Inggeris
(EPL) Manchester City 4-1 di Etihad, awal pagi tadi.
Sementara itu, Gol tunggal penyerang, Diego Costa pada babak kedua memberi
kelegaan di Stamford Bridge sekali gus menghalang Chelsea daripada merekod
kekalahan ketiga berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL)
selepas membenam Norwich 1-0, malam tadi.
Begitupun,
nasib berbeza dialami buat satu lagi pasukan gergasi Inggeris, Arsenal yang
dikecewakan dengan kekalahan 2-1 kepada West Bromwich Albion di laman lawan
dengan kemenangan tipis The Blues itu memberi sedikit kelegaan buat
pengendalinya, Jose Mourinho.
Berikut adalah keputusan perlawanan lain-lain keputusan Liga Perdana Inggeris:
1. Everton 4 Aston Villa 0 Gol: (Barkley m17/42,
Lukaku m28/59)
2. Newcastle 0 Leicester 3 Gol: (Vardy 45+1,
Ulloa 62, Okazaki 83)
3. Southampton 0 Stoke 1 Gol: (Bojan 10)
4. Swansea 2 Bournemouth 2 Gol: Swansea - (Ayew
28, Shelvey 39-pen) Bournemouth - (King 10, Gosling 26)
5. Watford 1 Manchester United 2 Gol: Watford -
(Deeney 87-pen) Man United - (Depay 11, Deeney 90-og)
6. West
Brom 2 Arsenal 1 Gol: West - (Morrison 35, Arteta 40-og) Arsenal - (Giroud 28)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan