NuffnangAds

Isnin, 16 November 2015

BADMINTON TERBUKA CHINA 2015 : DATUK LEE CHONG WEI JUARA



Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menamatkan kemarau 13 tahun dengan merangkul gelaran Terbuka China selepas Wong Choong Hann melakukannya pada 2002.

Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran sulungnya itu selepas berjaya mengalahkan pilihan utama, Chen Long pada final di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China, semalam dengan straight set 21-15 dan 21-11 dalam masa hanya 50 minit.

Chong Wei mula mengorak langkah ke final dengan menundukkan musuh tradisinya Lin Dan dari China, yang juga pemain nombor tiga dunia, di separuh akhir.


Pencapaian itu sekali gus melunaskan dendam terhadap Chen Long yang menafikan impian Chong Wei untuk meraih gelaran dunia sulung pada final Kejohanan Dunia di Jakarta, Ogos lepas.

Atas kejayaan itu, Chong Wei, 32, membawa pulang hadiah wang tunai US$52,500 (RM230,474) manakala Chen Long, selaku naib juara, meraih wang tunai US$26,600 (RM115,774).


Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan yang penuh bermakna ini. Lebih manis kejayaannya dapat menumbangkan dua jaguh China di negara China sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...