NuffnangAds

Sabtu, 31 Oktober 2015

LHDN HENTI KUTIP BAYAR PINJAMAN PTPTN



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan berhenti mengutip bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui kaedah potongan gaji mulai 1 November ini.

Kenyataan LHDN hari ini menyebut semua majikan yang membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman hendaklah mengemukakan bayaran terus kepada PTPTN.
 

HARGA RON97, RON97 DAN DIESEL NOVEMBER KEKAL



Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 November 2015. Berikut adalah harga bagi ketiga-tiga bahan bakar berkuatuasa mulai jam 12.01 pagi Ahad 1 November 2015. Untuk info, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel mulai bulan November 2015 hanya akan diumumkan selepas jam 8.00 malam Sabtu 31 Oktober 2015.

PIALA AFC 2015 : JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) LAKAR SEJARAH


Skuad Harimau Selatan Johor darul Ta’Zim (JDT) melakar sejarah baharu buat bola sepak tempatan, apabila dinobatkan sebagai juara Piala AFC setelah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas FC Istiklol pada perlawanan akhir di Dushanbe, Tajikistan semalam.

ST. MICHAEL'S AND ALL ANGELS CHURCH

The historical city of Sandakan is home to many buildings and monuments, each witness to the changes of time and events over the years. One of the oldest buildings is St. Michael’s and All Angels Church.

Designed by New Zealander Mr. B.W. Mountfort, the building was first constructed with belian (ironwood) timber, followed by brick and finally stone, which is said to have from the nearby Buli Sim Sim, while the white stones that adorn the windows and doors are from Hong Kong. 

Selasa, 27 Oktober 2015

KEBAIKAN PENGAMBILAN SERAT DALAM DIET



Serat merupakan komponen bahan makanan yang tidak dapat dicerna dan diserap oleh tubuh. Tidak seperti komponen makanan yang lain seperti lemak, karbohidtrat atau protein yang boleh diserap tetapi kemudian memberi kesan kepada tubuh badan. Jesteru pengambilan banyak serat amat disarankan, tidak akan menjejaskan kesihatan tubuh badan anda. Serat tergolong di dalam dua kategori iaitu:

THE BORNEAN SUN BEAR CONSERVATION CENTRE



You can now get close to the world's most smallest bear! The Bornean Sun Bear Conservation Centre is located next to the Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre and to all wildlife lovers out there, Sepilok is a must-visit. The centre is equipped with key facilities including an observation platform, boardwalk and a visitor centre.

Isnin, 26 Oktober 2015

SANDAKAN MEMORIAL PARK



This site commemorates a tragedy and atrocity which struck Sandakan between January and August 1945. The Memorial Park witnessed the death of approximately 2400 Australian and British prisoners of war held by the Japanese in the Sandakan POW camp, within the sight of Allied victory in the Pacific war.

Situated about 11 km outside of Sandakan, the former site of the notorious WWII prisoner of war camp now locates the suburb of Taman Rimba. The clearly sign-posted Sandakan Memorial Park is well maintained and beautifully landscaped, which makes it ideal for solitary soul-searching strolls.

Ahad, 25 Oktober 2015

KUNCI KEJAYAAN JANGKA PANJANG




Ramai yang menyangka latar belakang keluarga, pendidikan, kepandaian, kenalan  yang mempunyai pengaruh adalah antara faktor penting untuk mencapai kejayaan. Tetapi benarkah begitu? Adakah yang berjaya datang daripada keluarga kaya, berpendidikan tinggi dan mempunyai ramai kenalan yang berkuasa?

Lelaki dan wanita yang berjaya dalam hidup dan besar kemungkinan mencapai status ekonomi yang baik adalah mereka yang membuat penilaian masa depan dalam setiap keputusan yang diambil. Mereka merancang dan bertindak sekarang, dengan mengambil kira kehidupan masa hadapan. Dengan kata lain, mereka bukan sekadar melakukan sesuatu hari ini,untuk hari sahaja.

Isnin, 19 Oktober 2015

HARGA KAD PRABAYAR TANPA GST PADA 1 NOVEMBER 2015



Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut. Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat Telco yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.

Sabtu, 17 Oktober 2015

KUNJUNGAN BERBALOI DI MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL




Diilhamkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muzium Automobil Nasional di Welcome Centre, Litar Antarabangsa Sepang dibuka kepada orang ramai pada Mac 2004 bagi memaparkan perkembangan sejarah sistem pengangkutan dan industri automotif nasional serta kejayaan negara menerokai industri ini.

Jumaat, 16 Oktober 2015

DIET : JADI KURUS VS BERAT BADAN IDEAL



Apabila menyentuh tentang soal diet, perkara yang terlintas di minda kita hanyalah pil kurus, jamu, dan ikat perut. Disebabkan itu ramai dalam kalangan kita yang dikatakan sedang ‘berdiet’ dimasukkan ke hospital gara-gara mahu menurunkan berat badan.

Memang tidak dinafikan dengan mengawal makan dan mengambil pil-pil kurus, mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing, namun mengamalkan diet yang tidak tepat, berat badan ideal yang berjaya dicapai tidak semena-semena kembali naik malah kesihatan juga mungkin terjejas.

Khamis, 15 Oktober 2015

YANG DEKAT ITU ADALAH KEMATIAN

Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: "Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersungguh-sungguh bersiap sedia. Mereka ialah orang yang benar-benar cerdik, mereka pergi (ke alam baqa) dengan membawa kemuliaan dan kemuliaan akhirat." Kemuliaan semasa hayat bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan, tetapi juga hubungan sesama insan. Sentiasa berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain terutama kepada orang yang banyak berjasa kepada kita, orang yang rapat dan penting dalam hidup (ahli keluarga).

Rabu, 14 Oktober 2015

KELAYAKAN EURO 2016 : BELANDA TERSINGKIR

Buat pertama kali sejak 1984 Belanda gagal layak ke Kejuaraan Eropah (Euro) apabila tewas 3-2 kepada Republik Czech pada kempen kelayakan, awal pagi rabu. Beraksi di laman sendiri, Belanda yang memenangi tempat ketiga di Piala Dunia tahun lalu sedar peluang mereka memang pudar tampak kurang bermaya malah melepaskan dua gol pada babak pertama.

Selasa, 13 Oktober 2015

SALAM MA’AL HIJRAH 1437H: HIJRAH DIRI MEMERLUKAN ILMU DAN PENGORBANAN

Hijrah mempunyai dua pengertian: hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain, dan hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah hijrah yang hakiki yang menjadi tunjang kepada hijrah jasmani. Perkataan hijrah mengandungi elemen, ‘dari’ dan ‘ke’ atau ‘daripada’ dan ‘kepada’. Jadi hijrah hati bermaksud berhijrah daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada Allah, daripada ubudiah kepada makhluk kepada ubudiah kepada Allah, daripada takut, berharap dan bertawakkal kepada selain Allah kepada takut, berharap dan bertawakal kepada-Nya.

MENERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN : MALAYSIA 1-0 TIMOR LESTE

Malaysia meneruskan momentum kemenangan apabila Berjaya menewaskan Timor Leste 1-0. Ini merupakan kemenangan pertama skuad Harimau Malaya pada aksi kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. Kemenangan tipis ini dijelmakan oleh Mohd Amri Yahya pada minit ke 19.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan negara melonjak satu anak tangga ke tempat keempat Kumpulan A, di belakang Palestin, selepas mengutip empat mata daripada lima perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali. Arab Saudi terus unggul di anak tangga pertama setelah menang semua perlawanan mereka dan diikuti oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Isnin, 12 Oktober 2015

SELAMAT MENDUDUKI PT3 KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3




Seramai 465,674 calon tingkatan 3 menduduki ujian bertulis PT3 yang memasuki tahun kedua itu di 2,667 pusat peperiksaan. Peperiksaan ini menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) merangkumi 12 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu. Subjek lain ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa kadazandusun yang diajar di sekolah tertentu.

Sabtu, 10 Oktober 2015

HARI SUKAN NEGARA 2015 : SATU INISIATIF YANG HEBAT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada 24 Mac 2015.

Manakala pada hari ini 10 Oktober 2015,Lebih 5,000 orang bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama lebih 5000 orang  melakukan aktiviti senaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena perasmian Hari Sukan Negara.

Khamis, 8 Oktober 2015

TAHNIAH HARIMAU MALAYA! TUNDUKKAN LAOS 3 - 1

Skuad Harimau Malaya ­akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama tahun ini meskipun terpaksa menanti sehingga perlawanan antarabangsa kelapan apabila menundukkan Laos 3-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Thai Army Sports, Bangkok semalam.

Dalam perlawanan semalam, dua gol skuad negara diperoleh menerusi pemain Felda United, Christie Jayaseelan pada minit ke-50 dan minit ke-92, manakala satu lagi jaringan dihasilkan oleh Azammuddin Mohd. Akil (minit ke-53). Manakala, gol saguhati Laos diperoleh menerusi jaringan penalti yang disempurnakan oleh Sitthideth Khanthavong pada minit ke-82.

CEPAT KAYA CARA ISLAM

Ajaran Islam sebenar menggalakkan manusia berusaha, bekerja keras, tidak mudah berputus asa, malah menyuruh umat islam terus bekerja walau pun esok akan kiamat, dan beramal seolah-olah maut menjengah. Pendek kata, dalam bekerja mahu pun beramal, Islam menuntut kita melakukan sebaik mungkin mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Begitu juga dalam mencari harta kekayaan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, membayar zakat lebih utama daripada menerimanya. Umat Islam digalakkan bersedekah, merupakan antara anjuran di dalam Islam yang secara tidak langsung menyatakan, adalah lebih baik umat Islam menjadi kaya daripada miskin.

Selasa, 6 Oktober 2015

GAYA HIDUP MODEN PENYUMBANG PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Penyakit kardiovaskular (CVD) seperti strok dan jantung antara penyebab utama kematian di Malaysia. Sehingga 2011, kategori ‘pembunuh senyap’ itu membunuh kira-kira 17 juta penduduk dan setiap tiga daripada 10 kematian adalah disebabkan CVD. Kolesterol tinggi menjadi antara faktor utama penyakit jantung koronari, serangan jantung serta strok. Individu yang mempunyai kolesterol tinggi adalah dua kali lebih tinggi berisiko mendapat serangan jantung.

Isnin, 5 Oktober 2015

FAM DIDENDA; BERBALOIKAH KEPADA BOLA SEPAK NEGARA?

Berikutan kekecohan yang ditimbulkan oleh Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukoit Jalil ketika menentang Arab Saudi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia pada 8 September pada lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah menerima padah.

Denda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM180,000) dan 1 perlawanan tanpa penonton selain kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi. Itulah harga yang perlu dibayar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

MOST POPULAR PLACE IN SANDAKAN : AGNES KEITH HOUSE

Back when Sandakan was still the capital of British North Borneo, American Agnes Keith lived in a house on a hill overlooking the city and wrote her famous novel about life in Borneo titled Land Below the Wind. Though the original house was destroyed during WWII, a replica has been constructed and turned into a museum filled with relics from the author's life. Literary fans will love matching passages from her novels to rooms in the mansion, but others might find the museum a bore. 

PEMAKANAN SEMPURNA, TUMBESARAN SEMPURNA SIRI 2

Sebelum ini kita berkongsi bagaimana tip untuk menjadikan makanan itu satu pemakanan sempurna untuk tumbesaran anak-anak. Kali ini mari kita kongsikan dua tip lagi bagi melengkapkan bagaimana kita ingin menjadikan ianya Pemakanan Sempurna untuk Tumbesaran Sempurna iaitu;

A. TABIAT PEMAKAN YANG BAIK

Amalkan Pemilihan Makanan Sihat. Anda teladan si manja. Dengan mengajar mereka untuk membaca label makanan dan kandungan nutrisi pada makanan, anak anda boleh belajar untuk memilih makanan dengan bijak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...