Alhamdulillah, kita akan meninggalkan tahun 2015 dan memasuki
tahun baharu tahun 2016. Ini bermakna umur kita akan bertambah. Dunia juga
semakin tua dan tenat untuk didiami. Banyak kisah dan banyak pengalaman yang
dilalui dalam tahun 2015, semuanya berkisarkan tentang kehidupan, meneruskan
kehidupan dan berjuang dalam kehidupan.
“BUDAYA
BUANG SIAL”
Dua puluh tahun dahulu saya masih ingat ketika di awal
remaja sambutan tahun baru wajib saya sambut samada bersama keluarga, rakan
sekampung atau pun kenalan. Sambutan dahulu itu sememangnya jauh berbeza dengan
apa yang di alami sekarang. Maklumlah, dulu masih lagi jahil dan masih ikut-ikutan sahaja. Mana tidaknya saya wajib ke pantai untuk bermandi-manda
apabila tibanya ambang tahun baru. Pada masa itu sememangnya pantai menjadi
tumpuan, penuh pantai dengan orang ramai dan mungkin sekarang pun masih lagi.
Apabila bunyi hon dibunyikan yang menandakan masuknya tahun baru, semua orang
akan turun ke air laut untuk mandi dan ada di antara mereka yang membuang
barang-barang lama kepunyaan mereka. Cara ini dinamakan sebagai “BUDAYA BUANG
SIAL” setiap kali tahun baru bermula. Ertinya kita akan membuang semua
perkara-perkara yang “sial” untuk tahun lalu dan tahun baru. Dengan mandi di
laut kita akan membersihkan segala apa “sial” yang ada dalam diri kita agar
tidak lagi berlaku di tahun baru.