Ini lagi satu berita yang
baik kepada belia-belia yang sedang mencari-cari pembiayaan untuk membeli rumah
pertama. Skim pembiayaan ini merupakan inisiatif daripada BSN dengan kerjasama
KWSP untuk mewujudkan Skim Perumahan Belia BSN 2016. Skim ini mempelawa belia
yang telah pun berkahwin berumur dari 25 hingga 40 tahun untuk mengemukakan
permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini. Pemohon juga mestilah tidak
pernah memiliki rumah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.
Apa yang menarik daripada
skim ini ialah pembiayaan untuk memiliki rumah bagi yang layak ditanggung
sepenuhnya 100% oleh BSN. Ertinya anda tidak perlu mengemukakan 10% deposit daripada
harga rumah. Selain itu, yang paling menarik ialah anda akan menerima bantuan
tunai sebanyak RM200 untuk 24 bulan pertama atau 2 tahun pertama daripada
kerajaan Malaysia.