NuffnangAds

Selasa, 22 Mac 2016

TAKWIM SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN IPG 2016 ONLINE

Takwim Semakan Keputusan Tawaran IPG 2016 Online...

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN IPG 2016 ONLINE

Pastinya yang telah lepas kelayakan pada permohonan awal berasa lega kerana telah layak secara keputusan/merit. Jadi sekarang ini pemohon pasti menunggu dengan penuh debaran samada permohonan mereka berjaya atau tidak dalam mengejar impian menjadi guru atau cikgu. Anda perlu bersabar, jika itulah rezeki anda, menjadi guru itu tetap akan tiba. Cuma perlu ada cabaran yang dilalui oleh anda sebelum mencapai impian. Oleh itu, Semakan Keputusan IPG PISMP 2016 Online boleh disemak pada 6 Jun 2016 mengikut takwim yang telah disediakan. 

CARA MENYEMAK KELAYAKAN KURSUS UNIVERSITI YANG DIIKTIRAF

Cara Menyemak Kelayakan Kursus Universiti Yang Diiktiraf....

CARA MENYEMAK KELAYAKAN KURSUS UNIVERSITI YANG DIIKTIRAF

Pada saat ini ramai yang sedang memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi terutamanya pengajian di peringkat universiti awam atau swasta samada dalam Negara atau luar negara. Pelbagai pilihan program kursus yang ditawarkan dalam peringkat pengajian tersebut. Sehingga kadang-kadang tidak terpilih mana satu yang terbaik untuk diikuti, kerana terlalu banyak kursus pengajian yang ditawarkan sekarang.

Jumaat, 18 Mac 2016

REVENUEHITS ALTERNATIF BAGI ADSENSE KEPADA BLOG ANDA

RevenueHits Alternatif Bagi Adsense Kepada Blog Anda...

Menjana Pendapatan Melalui RevenueHits Dalam Blog, Alternatif Pengiklanan Adsense... Anda seorang blogger? Anda ingin menjana pendapatan sampingan menerusi pengiklanan yang seakan Adsense? Anda telah mencuba beberapa kali memohon Adsense dalam website atau blog anda, tetapi tidak berjaya! Kini ada alternatif untuk semua ini melalui sebuah website pengiklanan RevenueHits. Ia merupakan sistem pengiklanan yang seakan Adsense yang membayar blogger dalam USD. Lumayan bukan...

Khamis, 17 Mac 2016

SENARAI BIASISWA 2016

Senarai Biasiswa 2016 
Keputusan peperikasaan SPM dan STPM pun telah diumumkan. Ramai yang mendapat keputusan yang cemerlang. Ramai telah berkira-kira untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, tetapi kekadang dibatasi oleh kemampuan dalam soal pembiayaan mahu pun kos hidup yang perlu ditanggung nanti. Kos untuk menyambung pelajaran dan pendidikan ke peringkat lebih tinggi semestinya memerlukan pembiayaan yang tinggi juga.

Khamis, 10 Mac 2016

PERMOHONAN PROGRAM PERGURUAN 2016 ONLINE

Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 (PPISMP) - Permohonan Guru IPG 2016 Online.

  
Berminat untuk menjadikan Guru sebagia kerjaya? Jika anda benar-benar berminat menjadi sebagai pendidik terutamnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), inilah peluang anda untuk merealisasikannya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 atau singkatannya PPISMP. Permohonan kemasukan tersebut dibuka secara atas talian / online bermula 10 Mac 2016  jam 12:00 tengahari sehingga 27 Mac 2016 jam 11:59 malam.

SEMAKAN ONLINE PENERIMA WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP) PTPTN

Semakan Online Penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan(WPP) PTPTN..


Untuk info, terutamanya kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM iaitu bagi mereka yang layak untuk menerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN, anda bolehlah menyemak status tawaran WPP ini menerusi laman web PTPTN yang telah disediakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda. Kepada yang layak, anda akan menerima WPP dari PTPTN sejumlah RM1,500 sebagai bantuan persediaan sebelum mendaftar masuk ke IPTA dan juga Politeknik.

Jumaat, 4 Mac 2016

KEMASKINI PENDAPATAN PELABURAN, KEMASKINI ZAKAT ANDA

Kemaskini Pendapatan Pelaburan, Kemaskini Zakat Anda...

Ramai sudah yang telah mengemaskini buku pelaburan masing-masing. Pengumuman pemberian dividen pun telah berkumandang di sana-sini. Ramai yang tersenyum lebar apabila dapat mengemaskini buku pelaburan dengan jumlah pendapatan yang bertambah. Tidak kira sama ada pelaburan dalam KWSP, Simpanan Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan sebagainya, ia adalah sesuatu yang boleh mencorakan masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...