NuffnangAds

Isnin, 24 Ogos 2015

SALAM HARI KEBANGSAAN 2015 - #SEHATISEJIWA

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015


#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.


Sambutan pada tahun ini adalah berbeza daripada sebelumnya. Iaitu mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. Ini kerana pada 31 Ogos 1957 hanya Malaya sahaja yang merdeka sedangkan pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963.

Kita sebagai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi sebagai umat Islam seharusnya menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dengan nikmat kemerdekaan dan keamanan yang diberikan. Marilah kita sama-sama terus mendokan agar Malaysia terus dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT dan mengisi kemerdekaan yang diberikan dengan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah SWT.


Selamat Hari Kebangsaan 2015 kepada seluruh rakyat Malaysia #SEHATI SEJIMA.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...