Diriwayatkan daripada Sayidina
Umar al-Khattab bahawa Jibrail telah datang berjumpa Rasulullah bukan pada
waktu ia selalu datang. Rasulullah menghampiri Jibrail dan berkata: “Hai
Jibrail, mengapa wajahmu berubah?”
Jawab Jibrail: “Aku diperintahkan
datang untuk menerangkan kedaan neraka dan jahanam.”
Raulullah berkata:”Terangkan
kepadaku tentang neraka dan jahanam.”
Jawab Jibrail: “sesungguhnya Allah
memerintahkan agar jahanam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga
berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000
tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya
dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak
padam-padam...”
Jibrail menyambung lagi: “Demi
Tuhan yang mengurusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka
sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa
panasnya.
Demi Tuhan yang mengutusmu dengan
kebenaran, sekiranya salah seorang daripada penjaga-penjaga neraka ini
diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan
baunya terlalu busuk.
Demi Tuhan yang mengutusmu dengan
kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah
gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah
sekali.
Rasulullah berkata: “nasib baik
aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini.”
Rasulullah melihat Jibrail menangis sambil berkata, “Mengapa engkau menangis,
sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah.”
Jawab Jibrail: “Bagaimana aku
tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis, kerana siapa
yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketauhi.
Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan
iblis itu adalah golongan malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan
mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut.”
Kemudian kedua-dua mereka terus
menangis sehingga datang seruan dari langit yang berbunyi: “Wahai Jibrail,
wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah menjamin engkau berdua tidak akan
derhaka.” (Riwayat al-Baihaqi)
Begitulah dasyatnya neraka yang
diciptakan oleh Allah bagi memberi peringatan kepada mereka yang lalai dan bagi
menambahkan keimanan kepada mereka yang yakin kepada Allah. Semoga Allah
melindungi dan mengharamkan kita seluruh umat Islam daripada memasuki neraka
jahanam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan