Sejak pengumumam kerajaan bermula
pada 1 Disember 2014 untuk menghentikan subsidi petrol RON95 dan Diesel dan
adalah bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus atau terkawal melalui harga
purata bulanan pasaran minyak dunia sebagaimana pelaksanaan penetapan harga
runcit RON97, pelbagai spekulasi yang bermain di setiap rakyat apabila tiba
akhir bulan.
Begitu juga apabila kerajaan
mengumumkan tidak ada lagi pemberitahuan awal tentang perubahan harga minyak
kepada orang ramai sebaliknya hanya akan dimaklumkan kepada Persatuan Penjual
Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada setiap hujung bulan. Situasi ini menghangatkan
lagi spekulasi yang berlegar dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ada rakyat yang akan berbaris
panjang pada setiap hujung bulan untuk mengisi penuh minyak di stesen minyak,
tidak kurang ada pula yang setiasa menghangatkan tentang berita kenaikan minyak
di laman dan saluran sosial. Ada juga yang tidak ambil kisah kerana sudah
berasa jemu dengan situasi yang berlaku dan
hanya akan mengisi minyak sekiranya perlu.
Bagi penulis harga minyak untuk
bulan September, terdapat dua kemungkinan yang akan berlaku iaitu samada harga
minyak runcit turun atau pun kekal. Ini kerana mengikut trend semasa harga
minyak dunia adalah didagangkan meningkat kembali pada sekitar 10% setelah
didagangkan lemah pada isnin lalu iaitu sekitar USD40 per barel. Harga minyak
mentah WTI didagangkan pada sekitar USD42 perbarel manakala Brent sekitar USD47
perbarel.
Walaupun harga minyak mentah
dunia adalah didagangkan pada bawah USD50, ianya juga mengambil kira tentang Harga
Ringgit yang lemah berbanding USD semasa. Oleh itu ianya mewujudkan satu
keadaan “check and balance” dalam pasaran minyak mentah Malaysia. Jika diambil
kira juga yang Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan 2015, dijangka kerajaan
akan menurunkan harga runcit minyak sebagai hadiah kepada rakyatnya.
Walau apa pun spekulasi berkenaan
harga runcit minyak, pengguna media sosial tidak seharusnya menyebarkan
berita-berita yang belum sahih mengenai kenaikan harga minyak yang tinggi yang
boleh menimbulkan panik . Kita hanya berharap agar kerajaan dapat
mepertimbangkan faktor-faktor ekonomi semasa dan sempena Hari Kebangsaan
Malaysia 2015 akan menurunkan sedikit harga runcit minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan