NuffnangAds

Khamis, 31 Disember 2015

"BUDAYA BUANG SIAL" DI AMBANG TAHUN BARU

Alhamdulillah, kita akan meninggalkan tahun 2015 dan memasuki tahun baharu tahun 2016. Ini bermakna umur kita akan bertambah. Dunia juga semakin tua dan tenat untuk didiami. Banyak kisah dan banyak pengalaman yang dilalui dalam tahun 2015, semuanya berkisarkan tentang kehidupan, meneruskan kehidupan dan berjuang dalam kehidupan.

“BUDAYA BUANG SIAL”
Dua puluh tahun dahulu saya masih ingat ketika di awal remaja sambutan tahun baru wajib saya sambut samada bersama keluarga, rakan sekampung atau pun kenalan. Sambutan dahulu itu sememangnya jauh berbeza dengan apa yang di alami sekarang. Maklumlah, dulu masih lagi jahil dan masih ikut-ikutan sahaja. Mana tidaknya saya wajib ke pantai untuk bermandi-manda apabila tibanya ambang tahun baru. Pada masa itu sememangnya pantai menjadi tumpuan, penuh pantai dengan orang ramai dan mungkin sekarang pun masih lagi. Apabila bunyi hon dibunyikan yang menandakan masuknya tahun baru, semua orang akan turun ke air laut untuk mandi dan ada di antara mereka yang membuang barang-barang lama kepunyaan mereka. Cara ini dinamakan sebagai “BUDAYA BUANG SIAL” setiap kali tahun baru bermula. Ertinya kita akan membuang semua perkara-perkara yang “sial” untuk tahun lalu dan tahun baru. Dengan mandi di laut kita akan membersihkan segala apa “sial” yang ada dalam diri kita agar tidak lagi berlaku di tahun baru.

HARGA PETROL RON 95, RON 97 DAN DIESEL 1 JANUARI 2016

Harga Petrol Diesel Januari 2016

Alhamdulillah, pembuka tirai untuk Tahun 2016 dimulakan dengan berita penurunan semakan Harga Petrol RON 95, RON 97 dan diesel di Malaysia. Seperti yang dijangka ini akan berlaku berikutan tren penurunan harga minyak dunia.

Bermula tengah malam ini, harga terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel untuk bulan Januari 2016 telah dimaklumkan oleh Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia dalam satu kenyataan.



Berikut adalah harga petrol untuk 1 Januari 2016:

Harga Petrol RON 95: RM1.85 seliter (RM1.95 – Disember 2015)
Harga Petrol RON 97: RM2.25 (Termasuk 6% GST) (RM2.45 – Disember 2015)
Harga Diesel: RM1.60 (RM1.90 – Disember 2015)
Ini bermakna Harga Diesel menunjukkan banyak penurunan iaitu sebanyak 30 sen menjadikan harga RM1.60 sahaja, Petrol RON 95 pula hanya turun 10 sen, manakala Petrol RON 97 turun sebanyak 20 sen.

Semoga info ini memberikan manfaat kepada anda.

Selasa, 29 Disember 2015

MEKANISMA BARU PEMBELIAN TOP UP (KOD RELOAD) TELEFON PRABAYAR 2016

Jangan terkejut apabila anda membuat isian semula telefon prabayar pada tahun 2016 amuan kredit akan berkurang daripada apa yang anda beli. Ini yang akan berlaku mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016, mekanisma ini diumumkan oleh SKMM untuk dilaksanakan.

Ini kerana sistem cas GST 6 peratus masih lagi dikenakan kepada kod reload. Walau bagaimana pun anda tidak perlu bimbang ianya hanya untuk tempoh 24 jam sahaja. Selepas 24 jam selepas kod reload diaktifkan anda akan menerima semula amuan kredit yang ditolak.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2016


TARIKH MULA PERSEKOLAHAN 2016 BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA

Hasil carian imej untuk kembali ke sekolah
Semua sekolah di Malaysia akan memulakan sesi persekolahan untuk Tahun 2016 mengikut Penggal Persekolahan 2016 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setakat ini tidak perubahan pengumuman walaupun banjir mula melanda di negeri-negeri pantai timur Malaysia.
Bagi Kumpulan A (Sekolah negeri di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu), sekolah akan dibuka mulai Ahad 3 Januari 2016. Manakala bagi Kumpulan B (Sekolah negeri Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, KL, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Pahang) akan dibuka mulai Isnin 4 Januari 2016.

Jumaat, 25 Disember 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke tingkatan 4 Program Asrama 1Malaysia(A1M) mulai 22 Disember sehingga 29 Januari 2016

Permohonan ini adalah terbuka kepada semua Tingkatan 4 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh Negara.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 14 Februari 2016. Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

Khamis, 24 Disember 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H : RASULULLAH SAW TOKOH, IDOLA DAN TAULADAN SEPANJANG ZAMAN

SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAH SAW

Tiada kata yang paling indah dan tiada tutur yang paling berkah  selain kita mengucapkan puji dan syukur kehadhirat Allah swt, dan untaian rahmat yang ber  nadakan salam, sebagai rasa cinta kita kepada Rasulullah saw, marilah sama-sama kita mendo’akan kiranya rahmat dan sejahtera senantiasa dicurahkan Allah  kepada junjungan kita Nabi besar Muhammad saw.

Begitulah setiap kali kita mengingati Rasulullah saw, apalagi sambutan Maulidur Rasul pastinya bermacam-macam program dan aktiviti berlangsung. Perarakan Maulid, Forum, Program Selawat, Wacana Ilmu dan sebagainya bertujuan menyemarakan lagi perasaan cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda. Tidak kurang ada yang memilih tarikh kelahiran Rasulullah saw untuk bernikah dan melangsungkan perkahwinan, mungkin untuk memilih berkat.

Begitulah hebatnya Insan yang bernama Muhammad saw ini, yang diutuskan oleh Allah swt untuk membawah rahmat Islam ke seluruh alam. Rahmat Islam itu berkekalan hingga sekarang, malah semakin bertambah umat Baginda kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw melalui akhlak yang syumul dan memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang mengenalnya atau mengkaji riwayat hidupnya.

Di dalam Al-Quran Allah swt berfirman dalam surat Al-Ahzab ayat 21:
 “Sungguh ada pada diri Rasul itu contoh teladan yang sempurna bagi kamu..

Ahad, 20 Disember 2015

BARCELONA JULANG PIALA DUNIA KELAB 2015 KALI KETIGA

Barcelona menjulang Piala Dunia Kelab dan mencipta rekod apabila menang buat kali ketiga dengan menumpaskan kelab Argentina, River Plate 3-0.

Gergasi Sepanyol memulakan jaringan melalui sentuhan Messi melalui gol yang cantik menerusi penyudahan yang klinikal pada minit 36, sebelum dua lagi golmenerusi Luis Suarez membenam terus peluang River untuk bangkit.

Suarez, yang mencipta hatrik ketika Barca menang 3-0 ke atas Guangzhou Evergrande dalam separuh akhir, menjaringkan gol kedua perlawanan semalam dengan rembatan rendah yang kencang pada minit ke-49.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...