Walaupun harga petrol terkini tidak diumumkan secara terbuka oleh pihak
terbabit, termasuk juga media massa, tidak dinafikan dengan adanya laman sosial
serta blog telah menjadi antara saluran maklumat alternatif untuk mengetahui
mengenai harga terkini untuk petrol RON 95, RON 97 dan diesel di Malaysia.
Isnin, 30 November 2015
TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2016.
Surat
pekeliling mengenai tarikh dan peraturan pembayaran gaji untuk kakitangan awam
untuk tahun 2016 telah diedarkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Surat
pekeliling Akauntan Negara Malaysia bilangan 3 2015 itu telah diedarkan sejak
27 November 2015.
Surat pekeliling tersebut boleh dimuat-turun dari
portal atau laman web Jabatan Akaun Negara. Ia disertakan dengan jadual pembayaran gaji
kakitangan awam untuk tahun 2016.
Khamis, 26 November 2015
TAKWA, ILMU, TAWAKAL, SYUKUR, ZABAR DAN ZUHUD BEKALAN TERBAIK MENGHADAP ALLAH
Ketika, tiba-tiba nyawa tercabut daripada jasad, apakah
kita sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap hidup kita jalani di dunia.
Kehidupan dunia yang selama ini kita tempuh adalah ujian Ilahi untuk membezakan
siapakah manusia yang baik dan buruk amalnya. Manusia yang baik amalnya, maka
jaminannya adalah syurga penuh kenikmatan, manakala yang buruk amalnya, akan
dihumbankan ke dalam neraka penuh kesengsaraan.
Hidup di dunia diibaratkan ladang untuk mencari bekalan
terbaik menghadap Allah yang Maha Besar. Untuk itu, ada sejumlah bekalan yang
seharusnya dipersiapkan setiap insan yang beriman kepada Allah SWT.
Isnin, 23 November 2015
HOMESTAY SABAH SIPITANG : IBC MUSLIM HOMESTAY
Sekiranya
anda bercadang untuk ke Sipitang, Sabah dan mencari-cari tempat penginapan yang
sesuai, IBC Homestay mungkin yang anda cari. Ini kerana homestay ini
menyediakan semua kelengkapan yang anda perlukan dan dengan harga yang
berpatutan. Mari kita lihat apa yang IBC Homestay sediakan untuk anda...
SIPITANG
HOMESTAY : IBC MUSLIM HOMESTAY
Kg. Napas, Pelakat, Sipitang, SABAH
HOMESTAY DESCRIPTION:
(PENERANGAN HOMESTAY:)
Our homestay operation started since month of October 2014,
daily rental by visitors and travellers who wish to experience a comfortable
stay in Sipitang.
Homestay Kami mula beroperasi pada bulan oktober 2014, sewa
secara harian oleh pelawat dan pelancong yang inginkan kemudahan penginapan
yang selesa di sipitang.
Sabtu, 21 November 2015
KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 21 NOVEMBER 2015
Liverpool
menghasilkan persembahan terbaiknya di bawah kendalian jurulatih baharu,
Juergen Klopp ketika menewaskan salah satu pencabar utama Liga Perdana Inggeris
(EPL) Manchester City 4-1 di Etihad, awal pagi tadi.
Sementara itu, Gol tunggal penyerang, Diego Costa pada babak kedua memberi
kelegaan di Stamford Bridge sekali gus menghalang Chelsea daripada merekod
kekalahan ketiga berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL)
selepas membenam Norwich 1-0, malam tadi.
HUTAN LIPUR CHEMERONG : PUSAT REKREASI ALAM SEMULAJADI
Hutan Lipur
Chemerong terletak di Hutan Simpanan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia
merangkumi kawasan seluas 292 hektar dan terletak kira-kira 30km dari Bandar
Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan 100km dari Bandar Kuala Terengganu.
Hutan Lipur
Chemerong menawarkan kepada para pengunjung ari terjun setinggi 305 meter dan
merupakan salah satu yang tertinggi di negara ini. Di sini juga terdapat banyak
kawasan yang mempunyai air yang dingin dan jernih yang sesuai untuk mandi-manda
atau bermain-main air. Kecantikan semulajadi kawasan persekitaran turut
menambahkan kepada suasana yang nyaman dan menyegarkan.
Khamis, 19 November 2015
HAK ANAK BERMULA SEBELUM MEREKA LAHIR LAGI

Mengikut Islam, peranan ibu bapa amat besar. Merekalah
yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak. Mereka bertanggungjawab
memperkenalkan kepada anak nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan
kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis disebut:
"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang
menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi". Fitrah di sini bermaksud
Islam. Oleh itu, setiap anak dilahirkan sebagai seorang Muslim, maka ibu bapanya
yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak itu
kekal di atas fitrah Islamnya dan memastikan anak itu tidak dipengaruhi oleh
suasana persekitaran negatif dan boleh menjejaskan fitrah imannya.
Langgan:
Catatan (Atom)





