NuffnangAds

Rabu, 16 Disember 2015

PROGRAM DIET : BERHATI-HATI DALAM MEMILIH

Berdiet adalah cara lazim yang digunakan untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan. Selari dengan kemajuan dunia, maka telah tercipta pelbagai jenis diet yang boleh diamalkan. Pun begitu, harus ditekankan di sini bahawa untuk setiap pilihan diet tersebut ada baik dan buruknya kepada kesihatan. Jesteru, keseimbangan antara diet dan tingkat kecergasan melalui senaman adalah paling wajar dilakukan secara rutin.

Wajar sekiranya kita mengetahui terebih dahulu apakah program diet yang baik dan apakah pula program diet yang mendatangkan kesan sebaliknya. Di sini dinyatakan perkara-perkara yang perlu anda tahu mengenainya iaitu ;

SABAH DIJANGKA MENERIMA TEMPIAS TAUFAN MELOR

Ribut taufan Melor atau dikenali juga sebagai Taufan Nona yang melanda Filipina semalam akan turut membawa angin kencang dan hujan lebat ke Sabah khusus di kawasan Pantai Barat, Kudat, Pedalaman dan Labuan.

Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini yang sekali gus boleh menyebabkan banjir kilat.

"Diramalkan banjir kilat akan berlaku disebabkan hujan lebat dan bukannya banjir musim tengkujuh akibat musim monsun timur laut yang berlaku ketika ini," katanya.

Selasa, 15 Disember 2015

BORANG PERMOHONAN KAD DISKAUN KTMB PELAJAR 2016

Berkuatkuasa 7 Disember 2015, KTMB telah memperluaskan kepenggunaan kad diskaun pelajar KTMi-Card untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Para pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan perkhidmatan Komuter boleh memohon Kad diskaun pelajar KTM i-Card dan anda layak mendapat potongan diskaun 40% dari harga tambang perjalanan untuk perkhidmatan tren Intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren Komuter di Lembah Klang sahaja.

Isnin, 14 Disember 2015

ROYAL SELANGOR : MELANCONG SAMBIL MENIMBA ILMU

Dalam banyak tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi, Royal Selangor antara tempat yang popular harus dikunjungi oleh anda.

Ini kerana Royal Selangor mudah dikunjungi pelancong tanpa perlu bersesak-sesak atau mengharungi perjalanan yang memenatkan menjadikan ia tempat tumpuan.

Jika anda mengunjungi Royal Selangor di Setapak Jaya, Kuala Lumpur bersama keluarga, pastikan membekalkan anak anda buku nota bagi memudahkan mereka melakukan catatan ringkas. Selain melancong anda mendapat banyak ilmu pe­ngetahuan di Royal Selangor.

Sabtu, 12 Disember 2015

SELANGOR JUARA TM PIALA MALAYSIA 2015 KALI KE 33

Selangor menjuarai Piala Malaysia bagi kali ke 33 selepas menewaskan Kedah, 2-0, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Jaringan kemenangan skuad The Red Giants itu diperoleh menerusi sentuhan penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-47.

Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Ahmad Hazwan Bakri menolak masuk bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran dari Guilherme De Paula pada minit ketiga.

Tersentak dengan jaringan awal Selangor, Kedah cuba untuk mencari gol penyamaan namun percubaan pemain import mereka, Sandro Da Silva berjaya diselamatkan penjaga gol, Norazlan Razali.

Jumaat, 11 Disember 2015

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BRIM 2016



Seperti telah dimaklumkan dalam Bajet 2016, kadar pemberian BR1M 2016 telah dinaikkan menjadi seperti berikut:

1 Tersenarai dalam e-Kasih berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.
2. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.
4. Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.

Rabu, 2 Disember 2015

PERMOHONAN BR1M 2016 DIBUKA 5 DISEMBER 2015

Permohonan baru BR1M 2016 akan dibuka mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2015. Ramai yang menantikan pengumuman rasmi bila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan dibuka. Saya pasti ada ramai pemohon baru yang akan memohon BR1M memandangkan tahun 2016 bakal memperlihatkan banyak benda yang akan menekan rakyat.

Pengumuman mengenai tarikh permohonan BR1M 2016 dibuka telah dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Permohonan baru serta mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan mulai 5 Disember (Sabtu) 2015.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...