Sheikh Hamzah Yusuf ketika bertandang ke Malaysia tahun lalu
pernah menyebut, hari ini orang mengumpat dan memfitnah tidak perlu berdua atau
lebih. Walaupun berseorangan, mereka masih boleh mengumpat dan memfitnah orang
lain.
Bagaimana? Melalui media sosial yang mereka lakukan
sendirian, berseorangan di mana-mana sahaja. Dahulu, kesan atau implikasi orang
mengumpat mungkin setakat mereka yang berada di sekeliling sahaja dan
sebarannya agak perlahan. Pos kenyataan fitnah, untuk dikongsi ramai Hari ini, sekali
kita poskan kenyataan fitnah, umpat dan pembohongan, semua pengikut dapat
membacanya dan kemudian dikongsi dengan orang lain. Kemudaratannya besar
sekali.