NuffnangAds

Rabu, 27 Januari 2016

SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN BELIA BSN 2016

Ini lagi satu berita yang baik kepada belia-belia yang sedang mencari-cari pembiayaan untuk membeli rumah pertama. Skim pembiayaan ini merupakan inisiatif daripada BSN dengan kerjasama KWSP untuk mewujudkan Skim Perumahan Belia BSN 2016. Skim ini mempelawa belia yang telah pun berkahwin berumur dari 25 hingga 40 tahun untuk mengemukakan permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini. Pemohon juga mestilah tidak pernah memiliki rumah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.

Apa yang menarik daripada skim ini ialah pembiayaan untuk memiliki rumah bagi yang layak ditanggung sepenuhnya 100% oleh BSN. Ertinya anda tidak perlu mengemukakan 10% deposit daripada harga rumah. Selain itu, yang paling menarik ialah anda akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 untuk 24 bulan pertama atau 2 tahun pertama daripada kerajaan Malaysia.

Selasa, 26 Januari 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN PTD 2016 (PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41)

Setelah menduduki peperiksaan secara online bagi calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pengambilan 2016 inilah masanya anda menantikan dengan penuh debar keputusan samada ada terpilih untuk ke peringkat yang seterusnya. Bukan calang-calang calon yang boleh lepas dalam peperiksaan awal ini. Walau apa pun ada telah melakukan yang terbaik untuk lulus dalam peperiksaan ini.

Semakan keputusan PTD 2016 Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 boleh disemak pada hari ini 26 Januari 2016. Semua calon yang telah menduduki peperiksaan online bagi jawatan tersebut bolehlah membuat semakan secara atas talian online di laman SPA DI SINI.

Isnin, 25 Januari 2016

MENCARI KEBERKATAN REZEKI DALAM BEKERJA

Malas, enggan bekerja, hendak kerja senang sahaja. Ini bukan budaya kerja yang diajarkan Islam. Apatah lagi menganggur, sama sekali tiada dalam kamus Islam. Alam terbentang luas dijadikan medan untuk untuk umat Islam bekerja mencari rezeki. Yang rajin dan tidak berputus asa, mereka akan berjaya dan kaya raya.

Kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat kerana Allah akan menjadi ibadat. Kita hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia adalah satu ibadat. Islam menggariskan lima etika bekerja yang harus dipatuhi untuk memastikan keberkatan rezeki.

Rabu, 20 Januari 2016

PERMOHONON UPU ONLINE KINI DIBUKA

WORDLESS WEDNESDAY-HARI TANPA AYAT ATAU KETERANGAN DALAM ENTRI BLOGGER SELURUH DUNIA, HANYA GAMBAR SEMATA-MATA...


Selasa, 19 Januari 2016

TIPS UNTUK ORANG BARU DI GIMNASIUM

Tahniah buat anda yang baru berjinak-jinak bersenam di gymnasium. Ia satu langkah yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Tapi perlu diketauhi anda tidak boleh sesuka hati melakukan senaman dan menggunakan alatan di sini tanpa bimbingan. Bimbang sihat yang anda mahu kecederaan yang anda dapat. Berikut adalah panduan yang perlu anda tahu jika mahu bersenam di gymnasium.

1. Pastikan Perut Anda Berisi
Jangan sesekali ke gimnasium dengan perut yan g lapar. Setidak-tidaknya, makan sedikit makanan tetapi mengenyangkan seperti sandwich, roti gandum dan lain-lain lagi. Praktikkan mengambil makanan tersebut dalam tempoh satau atau dua jam sebelum bersenam. Selain itu, cubalah makan jenis makanan yang mudah dihadam.

Sabtu, 16 Januari 2016

PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU SESI JANUARI BIL 1/2016


PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU SESI JANUARI BIL 1/2016

Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka semula permohonan pertukaran guru iaitu Permohonan Pertukaran Khas Guru Antara Negeri Sesi Januari Bil 1/2016 secara online EGtukar di https://epgo.moe.gov.my/
Permohonan ini adalah dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (Kup Time-Based), DG34 (Kup Time-Based), DG38 (Kup Time-Based), DG41, DG42, DG44 (Kup Time-Based), DG48 (Kup Time-Based), DG52 (Kup Time-Based) Dan Dg54 (Kup Time-Based) 


Ianya dibuka Mulai 15 Hingga 25 Januari 2016 Bagi Negeri Yang Mempunyai Lebihan Pengisian Guru Ke Negeri Yang Mempunyai Kekosongan Perjawatan.

Jumaat, 15 Januari 2016

TAWARAN MENARIK TERBARU DARIPADA PTPTN KEPADA PEMINJAM

Ini satu berita yang baik kepada pemimjam-pemimjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN, terutamanya kepada mereka yang mempunyai tunggakan bulanan yang banyak, juga kepada yang tidak pernah membayar semula pinjaman PTPTN.

Terkini PTPTN membuat telah membuat tawaran yang hebat khusus kepada anda peminjam PTPTN, di mana peminjam boleh membuat pilihan samada membayar sebanyak RM300 sahaja atau ansuran 3 bulan pertama, bagi membolehkan proses penstrukturan semula pembiayaan pinjaman atau pertukan kepada Ujrah (Biasiswa). Tawaran ini hanya dibuka kepada peminjam yang tidak pernah dihantar notis saman, disenarai CCRIS dan Blacklist adalah layak untuk mendapatkan tawaran ini. Ia juga bagi mengelakkan anda daripada disenaraihitamkan, namun perjanjian baharu wajib ditandatangani antara anda dan pihak ptptn bagi penstrukturan semula atau penukaran ke ujrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...