NuffnangAds

Selasa, 28 Julai 2015

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA


1. Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada majan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia x cari kerja.

2. Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

Ahad, 26 Julai 2015

5 PESANAN SYEIKH AHMAD YAASIN KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI

1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Jumaat, 24 Julai 2015

HIKMAH RAMADHAN MEMEBERKATI AIDIL FITRI

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah swt dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepadaNya dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Antara intipati khutbah jumaat yang disampaikan ialah;

1. Umat islam di seluruh dunia melafazkan takbir, tahmid dan tasbih membesarkan Allah swt sebagai tanda kemenangan dan kejayaan menunaikan perintah Allah swt dengan melawan hawa nafsu.

Khamis, 16 Julai 2015

MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan dan sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara berbahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu?

Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep. Microsleep secara mudahnya boleh didefinasikan sebagai tidur yang singkat. Ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.

Isnin, 13 Julai 2015

WALI ALLAH YANG TIDAK DIKENALI MANUSIA

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yang berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaanya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan menyamar.

Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yang sempit. Mereka menemui seorang lelaki yang telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yang mempedulikan mayat tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...