Sabtu, 10 Januari 2015
Merancang Perjalanan/Percutian Diredhai Allah
"Ada lagi yang tertinggal, kena cek betul-betul jauh perjalanan kita ni..." Itulah antara sebahagian dialog seandainya kita ingin merancang perjalanan jauh samada untuk bercuti atau pun urusan-urusan lain. Pastinya kita tidak mahu satu benda yang tertinggal agar perjalanan kita berjalan dengan lancar dan tidak tertanggu.
Dalam kita merancang dan membuat senarai semak terhadap keperluan kita ke suatu perjalanan yang jauh, ada sesuatu yang sering kita lupa iaitu menjadikan perjalanan kita suatu perjalanan yang diredhai oleh Allah. Marilah kita sama-sama untuk menambah senarai semak kita agar perjalanan kita adalah suatu perjalanan yang bermanfaat untuk kita dan mendapat pahala amal yang besar daripada Allah. Antaranya ialah;
1. Niat Yang Betul - Niatkan dalam hati kita untuk melakukan urusan-urusan yang baik bagi mencapai keredhaan Allah. In Shaa Allah, Allah akan membantu kita mencapainya di samping diberikan pahala yang banyak.
2. Menambah Ilmu - Tambahkan ilmu dengan bacaan-bacaan berkenaan bermusafir, perkara-perkara yang perlu seperti berkenaan dengan solat dalam perjalanan, doa-doa pelindung diri dan sebagainya.
3. Keperluan Beribadat - Keperluan untuk solat perlulah diletakkan di tempat yang mudah untuk diambil dan digunakan ketika perlu. Ini bagi mengelakkan kerumitan sehingga ianya menjadi penghalang untuk kita melakukan solat.
4. Masa Perjalanan - Rancanglah perjalanan yang betul agar kita tidak tertinggal dalam melakukan solat. Pastikan masa kita seiring dengan kesempatan untuk kita bersolat dan berehat seketika.
5. Tahu Lokasi Rumah-Rumah Allah - Buatlah kajian tentang lokasi dan tempat yang akan kita lalui. Pastikan kita dapat mengenalpasti di mana letaknya masjid atau surau-surau. Ini akan memudahkan kita untuk melakukan solat. Singgalah sebentar untuk melakukan solat sunat dhuha atau pun tahiyat masjid.
6. Berzikir - Bacalah zikir-zikir yang kita ketauhi samada di bibir atau dalam hati, berselawat kepada nabi juga boleh diamalkan dalam perjalanan. Atau kita boleh belajar menyampaikan tazkirah yang mana ianya akan mengingatkan diri kita sendiri.
Inilah sedikit senarai semak yang berguna untuk diri saya sendiri dan juga mungkin bermanfaat untuk pembaca sekalian. Mudah-mudahan apa saja yang kita lakukan sentiasa berpaksikan kepada mencapai keredhaan Allah swt. Ingatlah Allah, kerana Allah sebaik-baik pelindung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan