NuffnangAds

Ahad, 7 Februari 2016

SEMAKAN SECARA ONLINE KE MRSM 2016


Semakan keputusan kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke MRSM seluruh Malaysia 2016 kini boleh dilakukan menerusi portal rasmi MARA bermula 4 Februari 2016. Semakan keputusan kemasukan ke sekolah-sekolah MRSM seluruh Malaysia ini adalah untuk kemasukan dan pendaftaran pelajar baru MRSM pada 15 Februari 2016 (kecuali MRSM Kuala Krai pada 20 Mac 2016).

Semakan keputusan permohonan kemasukan MRSM boleh dilakukan secara online bermula 4 februari 2016. Jadi kepada mereka yang telah memohon dan mahu membuat semakan samada anak-anak, pelajar berjaya diterima masuk ke MRSM untuk sesi 2016 ini, boleh membuat semakan menerusi pautan di bawah ini:



Untuk semakan kemasukan tingkatan satu MRSM, pelajar atau ibu bapa perlu memasukkan nombor angka giliran UPSR 2015.




Manakala untuk semakan kemasukan ke tingkatan empat MRSM untuk sesi pengambilan 2016, calon atau pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan semasa mendaftar dan membuat permohonan.


MRSM merupakan antara sekolah berasrama penuh yang unggul dan berprestij di Malaysia, yang dikendalikan oleh pihak MARA. Jadi tidak hairanlah ramai pelajar terutamnya dalam kalangan ibu bapa yang inginkan anak mereka memasui MRSM ini. Apalagi, MRMS telah terkenal dalam mengeluarkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai jati diri yang baik.

Tahniah kepada mereka yang berjaya memasuki sesi 2016 di sekolah MRSM. Kepada yang tidak terpilih, peluang anda masih terbuka luas di tempat lain, jangan berputus asa kerana perancangan Allah itu lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...