NuffnangAds

Isnin, 29 Februari 2016

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN PT3, SPM, SPMU DAN STAM 2016

Borang pendaftaran calon persendirian PT3 SPM SPMU dan STAM 2016....

Ini lagi satu maklumat rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ditujukan kepada semua calon  persendirian bagi peperiksaan PT3, SPM, SPMU dan STAM untuk tahun 2016 agar dapat mendaftakan diri sebagai calon. Pendaftaran tersebut boleh dilakukan dengan mendapatkan boring pendaftaran di semua Pejabat Pendidikan yang berhampiran dengan calon. 


Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendaftaran bagi calon persendirian bagi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), SPM Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibuka mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Mac 2016. Borang boleh didapati di Pejabat Pendidikan yang berhampiran dan pendaftaran lewat adalah tidak akan dilayan.

Satu ingatan daripada pihak kementerian bahawa borang pendaftaran hanya boleh didapati menerusi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran sahaja. Ertinya semua pendaftaran adalah secara bertulis dan tiada borang pendaftaran akan secara online dibuka.

Teringat masa dahulu, penulis pernah menjadi Pengawas Peperiksaan untuk SPM bagi calon-calon persendirian. Mereka ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang sudah berumur dan tidak kurang yang sudah ada berkerjaya. Macam-macam ragam boleh dilihat terutamanya dari segi pakaian kerana bebas berpakaian semasa menduduki peperiksaan. Apa pun bagi penulis calon-calon persendirian ini tidak mudah berputus dalam memperbaiki diri. Walau pun sudah ada yang berkerjaya dan lanjut usia namun masih cekal dan tabah untuk belajar dan memperbaiki diri terutamanya dalam keputusan peperiksaan. Semoga calon persendirian ini diberi kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

Kepada semua calon persendirian yang bakal menduduki peperiksaan yang berkenaan pada tahun 2016, selamat maju jaya diucapkan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...