Senarai Harga Baru Kereta Model Proton
2016. Baru-baru ini Proton telah mengumumkan senarai
harga yang baru untuk semua model dan varian kereta keluarannya yang
berkuat-kuasa mulai 15 Februari 2016 lalu. Apa yang dapat disimpulkan harga
baru tersebut memperlihatkan kenaikan sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021
bergantung kepada varian modelnya.
Kenaikan ini adalah agak
tinggi juga yang dikenakan oleh Proton untuk harga tahun 2016. Bagi yang telah membeli tentu berasa untung
tetapi bagi yang berminat mahu membeli mungkin akan mencari alternatif lain
untuk memiliki kereta baru.
Kenaikan ini seperti yang
diumumkan oleh Proton terpaksa dilakukan atas faktor kelemahan nilai ringgit
dalam pasaran antarabangsa memandangkan pembelian barangan pembuatan menggunakan
matawang asing. Penyusutan nilai ringgit
telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem.
Akibatnya harga kereta Proton baru terpaksa dinaikkan.
Berikut disertakan senarai penuh
harga kereta Model Proton baru (harga atas jalan/OTR) untuk tahun 2016 ini. Harga kereta yang ditunjukkan melibatkan varian
Saga, Persona, Iriz, Exora, Preve dan Suprima S.
Diharap dengan maklumat ini anda akan dapat tahu
harga baru yang telah ditetapkan oleh Proton mulai 15 Februari 2016. Anda juga
bolehlah membuat perbandingan samada dengan harga lama atau promosi, mahupun
dengan harga kereta jenama lain untuk spesifikasi tertentu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
tawaran-tawaran khas atau promosi berkaitan kereta Proton, anda bolehlah
berkunjung ke mana-mana showroom berdekatan dengan anda. Harga kereta Proton
yang dipaparkan adalah sebagai rujukan anda, dan merupakan harga rasmi yang
dikeluarkan oleh Proton di laman web mereka untuk tahun 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan