
Pemain Republik Czech, Pavel Kaderabek dan Josef Sural
mengejutkan tuan rumah dengan jaringan pada babak pertama sebelum Rovin van
Persie menanduk gol sendiri pada minit ke-66. Gol sagu hati Belanda dijaringan
Klaas-Jan Huntelaar dan Van Persie.
Bekas juara Eropah itu menduduki tempat keempat Kumpulan A
dan satu-satunya harapan untuk cuba melayakkan diri ialah menang dan
mengharapkan Turki tewas. Begitupun, keputusan sebaliknya dicatat malah Turki
jelas tidak mahu mensia-siakan peluang untuk terus bersaing apabila mencatat
kemenangan 1-0 ke atas Iceland di tempat sendiri.
Kemenangan menyaksikan Turki menempah tiket ke Perancis,
tahun depan selaku pasukan di kedudukan ketiga terbaik. Republik Czech
muncul juara Kumpulan A diikuti Iceland.
Dalam pada itu, Croatia menempah tiket ke Perancis selepas
membenam Malta 1-0 selaku naib juara Kumpulan H di belakang Itali. Keputusan
itu jelas mengecewakan Norway yang memulakan perlawanan di atas Croatia sebelum
tewas 2-1 kepada Itali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan