NuffnangAds

Rabu, 27 Julai 2016

PERMOHONAN JAWATAN GURU VOKASIONAL KPM 2016

Permohonan Jawatan Guru Vokasional KPM 2016

Bagi anda yang berminat menjadi guru dalam bidang vokasional atau anda mempunyai kelayakan sebagai Guru Vokasional, ini adalah peluang terbaik anda untuk memohon jawatan tersebut. Terdapat jawatan kosong seperti yang dimaklumankan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

5 LANGKAH AMALAN SISTEM PENGHADAMAN SIHAT

5 LANGKAH AMALAN SISTEM PENGHADAMAN SIHAT

Kesibukan dengan tugas-tugas seharian menyebabkan kita sering terlupa atau pun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.Dengan masa yang begitu terhad sering kali kita melupakan hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat. Begitu juga perkara berkaitan dengan nutrisi seimbang yang perlu kita ambil dengan teratur. Ini kerana terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan seharian apalagi yang mempunyai keluarga dan menguruskan rumahtangga yang pastinya memerlukan komitmen yang tinggi.

Khamis, 21 Julai 2016

PENGAMBILAN PEGAWAI KADET GRADUAN ATM 2017

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM.

Anda berminat menjadi Pegawai Kadet ATM? Berita baik buat mereka yang layak seperti dikongsikan dari Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ). Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa Lelaki dan Wanita warganegara Malaysia dan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Isnin, 18 Julai 2016

PERODUA BEZZA : MODEL KERETA SEDAN BARU PERODUA

Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan 2016. Perodua bakal melancarkan model sedan baru dalam kategori B iaitu Perodua Bezza pada 21 Julai 2016. Menurut Laman Web Perodua pula, tempahan pembelian telah dibuka bermula 16 Julai 2016 yang lalu. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan awal. Tapi sebelum itu mari kita review serba sedikit tentang model kereta baru perodua ini. 

Khamis, 23 Jun 2016

TARIKH PENTING PENGEPOSAN ITEM POS LAJU SEMPENA RAYA 2016

Tarikh Penting Pengeposan Item Pos Laju Sempena Raya 2016

Pos Laju telah mengeluarkan Surat Makluman kepada pelanggan-pelanggan Pos Laju yang menggunakan khidmat mereka. Surat makluman itu menyatakan tentang perkara tarikh akhir pengeposan Pos Laju Sempena Hari Raya Aidilfitri 2016. Ianya menyatakan tentang tarikh akhir pengeposan barang atau item sekiranya ingin sampai kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Selasa, 14 Jun 2016

7 TIP LATIH ANAK BERPUASA

Puasa di bulan Ramadhan adalah diwajibkan bagi setiap muslim yang sudah baligh dan berakal sihat. Sedangkan bagi anak yang belum baligh atau dewasa tidak wajib untuknya berpuasa. Namun sebagai ibu bapa tentunya inginkan seorang anak yang soleh dan taat. Hal ini menjadikan peranan ibu bapa dalam membimbing dan mendidik anak agar sentiasa berlatih untuk melaksanakan kewajiban beragama, salah satunya ialah mengajarkan anak berpuasa.

Khamis, 9 Jun 2016

TARIKH PEMBAYARAN BONUS BANTUAN KHAS KERAJAAN 2016

Tarikh Pembayaran Bonus Bantuan Khas Kerajaan 2016

Khusus kepada penjawat awam, kerajan telah bersetuju untuk memberikan bonus bantuan khas raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awam manakala RM250 kepada pesara kerajaan dan segala pembayaran akan dikreditkan ke akaun penjawat awam mulai 13 Jun 2016.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...