Ini satu berita yang baik kepada pemimjam-pemimjam
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN, terutamanya kepada
mereka yang mempunyai tunggakan bulanan yang banyak, juga kepada yang tidak
pernah membayar semula pinjaman PTPTN.
Terkini PTPTN membuat telah membuat tawaran yang hebat khusus
kepada anda peminjam PTPTN, di mana peminjam boleh membuat pilihan samada
membayar sebanyak RM300 sahaja atau ansuran 3 bulan pertama, bagi membolehkan
proses penstrukturan semula pembiayaan pinjaman atau pertukan kepada Ujrah
(Biasiswa). Tawaran ini hanya dibuka kepada peminjam yang tidak pernah dihantar
notis saman, disenarai CCRIS dan Blacklist adalah layak untuk mendapatkan
tawaran ini. Ia juga bagi mengelakkan anda daripada disenaraihitamkan, namun
perjanjian baharu wajib ditandatangani antara anda dan pihak ptptn bagi
penstrukturan semula atau penukaran ke ujrah.